myfirst akan diharamkan???????


Berita TV3 semalam menyarankan orang ramai supaya menghentikan penggunaan produk kesihatan lelaki iaitu Pronoton keluaran Mayfirst kononnya mengandungi bahan beracun yang diberi nama “Analog Sildenafil” yang boleh memudaratkan kesihatan seperti tekanan darah rendah dan penyakit kardiovaskular.

Ekoran dari pengumuman ini dan tindakan oleh Kementerian Kesihatan bakal meruntuhkan sebuah lagi syarikat jualan langsung milik bumiputera sepenuhnya. Beratus ribu distributor atau pengedar akan “gulung tikar” kerana periuk nasi mereka telah dicurahkan pasir dan tak tahu apakah nasib mereka pada masa hadapan kerana bukan sedikit yang menceburkan diri dalam bidang ini sepenuh masa.

Sedangkan syarikat jualan langsung milik bukan bumiputera seperti Amway, Cosway, CNI, Zullian dan lain-lain lagi berdiri teguh bertahun-tahun lamanya tanpa gangguan daripada kerajaan.

Bukan saya seorang malah ramai yang mengesyakki bahawa berlaku unsur sabotaj bagi memusnahkan perusahaan Mayfirst ini kerana mendapat keuntungan puluhan juta ringgit setahun dan telah menimbulkan rasa dengki serta iri hati di kalangan pesaing. Ini kerana, melalui maklumat yang diperolehi daripada Harian Metro menyatakan bahawa hanya Pronoton yang dikeluarkan pada bulan April yang mengandungi bahan terlarang tersebut. Maklumat ini boleh dipercayai kerana kalaulah bahan tersebut sudah ada sejak produk ini dikeluarkan tentu sahaja ramai yang sudah mengidap penyakit berbahaya tersebut termasuk saya.

Sebaliknya pula yang berlaku sejak saya mengambil Pronoton 2 ½ tahun yang lalu. Sebelum saya mengambil kapsul Pronoton saya mengalami masalah kencing tak lawas, sering terjaga pada waktu malam membuang air kecil (4 hingga 5 kali) dan tidak tahan duduk dalam bilik yang berhawa dingin kerana pasti akan ke bilik air setiap 15-20 minit. Ini semua adalah gejala prostat yang bengkak. Namun sekarang kesihatan saya bertambah baik, tidak kelesuan, sentiasa cergas dan tenaga seksual bertambah. Ramai yang mendapat faedah dan manfaat daripada produk Pronoton.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya pihak Mayfirst membuat siasatan dalaman daripada punca manakah unsur sabotaj ini boleh berlaku untuk membetulkan semula keadaan supaya pengeluaran produk Pronoton boleh diteruskan.

Pihak Kementerian Kesihatan sepatutnya lebih prihatin supaya tidak terlalu terburu-buru mengambil tindakan mengharamkan produk ini kerana akan menjejaskan perusahan yang dibina oleh bumiputera. Perlulah dibuat siasatan lebih menyeluruh bagi mengenalpasti sampel yang diambil untuk ujikaji bukannya bahan tiruan dan ia diambil daripada pengeluar yang sah dilantik oleh pengusaha dan dalam kes ini pihak Mayfirst.

Saya sangat berharap supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera bagi menyelamatkan periuk nasi pengedar dan pengguna produk supaya tidak ada pihak yang teraniaya.

Sekian, wassalam.

No comments

Powered by Blogger.