apabila si tikus membunyikan suara.......
MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap perhimpunan besar-besaran badan bukan kerajaan (NGO) Melayu kebangsaan di Johor Baharu pada 2 Mei, turut mencadangkan formula untuk menarik kembali orang Melayu kepada Umno.
Ini kerana, katanya, Umno adalah sebuah parti yang masih relevan kepada orang Melayu kerana tidak ada badan lain yang dapat memperjuang dan mempertahankan hak bangsa Melayu, agama dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu seperti Umno.
Beliau menyifatkan inisiatif Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menganjurkan perhimpunan itu sebagai amat murni.
"Kalau mereka kata Umno tidak boleh kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinannya atau dalam situasi sekarang tidak begitu ghairah memperjuangkan nasib orang Melayu, saya fikir mereka boleh jadikan perhimpunan itu sebagai langkah memperbaiki kelemahan Umno.
"Kalau mereka dapati terdapat kelemahan dalam perjuangan Umno atau parti itu sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya, mereka boleh tegur dan kita (pemimpin) harus menerima teguran itu dengan hati terbuka," kata Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh selepas merasmikan satu majlis di kawasan Parlimen itu semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perhimpunan itu juga boleh mengemukakan cadangan kepada Umno terhadap perkara yang mereka tidak puas hati berkenaan dasar parti tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pendidikan atau perjuangan Umno tentang ekonomi orang Melayu.
"Kalau semua pertubuhan Melayu berjuang atas landasan yang sama dengan Umno, eloklah cari satu titik pertemuan untuk menggabungkan usaha mereka dengan apa yang dilakukan oleh Umno," katanya.
Muhyiddin menarik perhatian bagaimana Perhimpunan Melayu Johor berjaya mengembalikan orang Melayu bersatu dalam parti ekoran perpecahan Umno pada tahun 1988 kerana resolusi badan bukan kerajaan yang mewakili orang Melayu Johor sepakat bahawa orang Melayu tiada pilihan kecuali kembali bernaung di bawah payung Umno. BERNAMA

No comments
Post a Comment