pakatan rakyat - Jangan leka walaupun sedetik

Awas, Pakatan Rakyat, terus diasak kiri dan kanan; cuba disabotaj di mana-mana; diremehkan di sana sini; cuba ditindih dan dihimpit atas dan bawah!

Khususnya, pakatan PKR, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang, nampaknya terus dipantau, diasak, dicerca, diremeh, dileceh.

"General Umno" di Selangor yang kehilangan kuasa dan terus 'gila kuasa' , Datuk Seri Mohd Khir Toyo, nampaknya terus mengepalai gerakan 'ganggu' terhadap gaya, perancangan dan tindakan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekarang.

Walhal, sesungguhnya, kerajaan Negeri Selangor sekarang dikuasai Pakatan Rakyat, yang pucuk kepemimpinan negeri diterajui PKR, dan YAB Tan Sri Dato' Abdul KHalid Ibrahim, kini Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.

Barisan kepemimpinan Umno/BN Selangor masih belum menunjukkan sikap "gentlemen" walaupun sudah angkat sumpah menjadi Ahli Dewan undangan Negeri pada Selasa, 22 April.

Menurut risikan, terdapat YB Umno dan orang mereka rancak memantau dan merisik gaya dan gerakan pentadbiran Pakatan Rakyat di Tingkat 21 Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah @SUK, yang diterajui YAB Tan Sri Khalid.

Diberitakan, di bangunan SUK masih ada "konco" Umno yang menghantar emel atau memberi laporan lisan kepada "orang gila kuasa di luar sana" (orgium) tentang pentabiran kerajaan negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Khlaid.

Menurut sumber, segelintir petugas media cetak dan media maya (internet) di tingkat 4 dan tingkat 20 bangunan SUK, dan satu media maya yang beroperasi di luar SUK, masih "berkonco" dengan "orgium" tersebut, lantas "memberi atau menyebar maklumat" yang menguntungkan pihak mereka.

Menurut pengamal media politik, pihak pentadbiran negeri Selangor sekarang, terutama pihak pemantau atau penggempur Pakatan Rakyat, khususnya PKR, mesti melakukan sesi "taat dan setia" terhadap kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid dalam kalangan petugas media di SUK dan di luar, yang direkrut pentadbiran negeri Selangor yang ditewaskan dalam PRU-12.

Tegasnya, semua petugas media, termasuk semua petugas di Bangunan Salahuddin Abdul Aziz Shah@SUK mesti bertugas untuk kerajaan negeri sekarang dalam kekuasaan Pakatan Rakyat, yang diterajui YAB Tan Sri Khalid.

Mujurnya, kita harap dengan kehadiran bertugas Setiausaha Akhbar YAB Dato Menteri Besar Selangor, hari ini dapat segera mengubah senario petugas dan aktiviti media cetak dan maya di SUK yang "masih membimbangkan Pakatan Rakyat".

Mengapa tidak? Mata pena, dan kini jejari di kekunci komputer yang dikirim oleh segelintir "petugas media yang masih berpihak kepada orgiku Umno/BN", ke alam alam maya (laman web), sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang atau pisau cukur.

Barisan kepemimpinan Pakatan Rakat, terutama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Ahmas), pimpinan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khlaid Ibrahim, termasuk kakitangan, mesti jangan pandang sebelah mata terhadap perkara yang diperkatakan.

Kepemimpinan Kerajaan Negeri Selangor di bangunan SUK, mesti melakukan "gerak mesra pekerja" sekerap mungkin bagi memastikan seluruh pekerja, termasuk lantikan kerajaan pusat, agar sewajarnya "menyokong dan setia bekerja" untuk kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Khalid, demi manfaat seluruh rakyat negeri Selangor khususnya.

Malahan, tidak menjadi kesilapan sekiranya kerajaan negeri Selangor sekarang bertindak "mengambil bekerja" kalangan petugas daripada ahli Pakatan Rakyat bagi mengoperasi seluruh aktiviti media cetak dan media maya, dan beberapa unit atau bahagian lain di SUK yang dianggap "mudah" dipengaruhi oleh "golongan orgium".

Ingat, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat, barisan pemimpin sokongan, para ahli PKR, PAS, DAP, serta pengundi mesti berusaha mengekalkan kemenangan menjelang PRU-13, dan seterusnya.

Pakatan Rakyat di Selangor dan empat negeri lain, mesti membina citra (imej) dan jati diri (identiti) mulai sekarang, dan memantapkannya dalam peredaran masa yang singkat.

Pakatan Rakyat mesti berusaha mengekalkan kemenangan ini yang turut didukungi jutaan ahli mahupun pengundi bagi kemenangan dalam PRU-13, dan seterusnya. Justeru itu, jangan leka walau sedetik pun jua!

Ingat, dalam senyuman petugas media, atau petugas lain di tingkat 21 dan tingkat 20, bangunan SUK, terkandung seribu makna. Mungkin ratusan senyuman sinis masih memihak kepada Umno/BN!

Wassalam.

No comments

Powered by Blogger.