diesel naik lagi!!!!
Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 24 April – Diesel subsidi kemungkinan besar tidak lagi dijual di stesen-stesen minyak apabila penstrukturan semula subsidi bahan bakar negara dilaksanakan tidak lama lagi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah tersebut merupakan salah satu kaedah untuk memastikan golongan yang berhak sahaja menikmati subsidi diesel.
Dasar baru mengenai penjualan diesel subsidi itu dijangka memberi kesan kepada beratus-ratus ribu kenderaan enjin diesel yang kini semakin popular kerana harga bahan bakar itu lebih murah daripada petrol.
Jumlah pendaftaran kenderaan diesel baru kini dianggarkan kira-kira 50,000 buah setahun, dan sebahagiannya mengambil kesempatan daripada subsidi diesel yang kerajaan berikan kepada pengusaha-pengusaha pengangkutan awam.
Menurut Shahrir, kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian untuk menilai mekanisme terbaik pengedaran diesel subsidi kepada kumpulan sasar tersebut.
“Antara yang berhak menerimanya sudah tentu sektor pengangkutan awam seperti bas sekolah kerana kita tidak mahu kos pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah berlaku kenaikan sekiranya pengusaha tidak menerima diesel subsidi.
“Di bawah cadangan dasar baru itu, individu yang memiliki kenderaan enjin diesel perlu mendapatkan bekalan diesel pada harga pasaran semasa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Harta Intelek Negara 2008 di sini hari ini.
Shahrir percaya pengguna kenderaan enjin diesel tidak akan menghadapi masalah menerima pendekatan baru itu.
Diesel kini dijual di stesen minyak pada harga RM1.58 seliter, tetapi pemandu 21 jenis kenderaan perdagangan yang dapat menunjukkan kad subsidi yang dikeluarkan kerajaan diberikan diskaun 15 sen seliter.
“Pengguna kenderaan diesel sendiri telah berjimat kerana enjin itu cukup ekonomik dari segi penggunaan bahan bakar,’’ katanya.
Beliau memberitahu, aspek yang penting dalam cadangan itu ialah kerajaan mahu sistem yang efisien untuk memastikan tidak berlaku ‘ketirisan’ subsidi kepada pihak-pihak yang tidak layak.
“Kerajaan mengeluarkan lebih RM33 bilion setahun untuk subsidi minyak dan jumlah itu sangat besar. Maka perlu ada kaedah bagi menjadikannya lebih cekap termasuk membantu mengatasi penyeludupan diesel (ke negara jiran).
“Kita berharap dasar baru ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Kita telah lama membincangkan soal ini, ia bukan baru dibincang semalam,” ujarnya.
Shahrir menjelaskan, jika stesen minyak terus dibenarkan menjual diesel dan petrol subsidi pasti akan berlaku penyalahgunaan dan penyeludupan.
“Di bawah penstrukturan itu nanti, diesel hanya dijual pada harga pasaran di stesen-stesen minyak dan diesel itu nanti pula mungkin kualitinya lebih baik,’’ jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai kesedaran harta intelek di negara ini, Shahrir berkata, perkembangannya amat baik berdasarkan begitu banyak permohonan untuk mendaftarkan cap dagangan dan paten.
Pendaftaran paten sahaja yang dikendalikan oleh kementeriannya mencatatkan jumlah 6,983 pada tahun lalu, sedangkan pada tahun 2003 hanya 1,500 permohonan diproses.
“Jumlah keseluruhan permohonan yang tertunggak mencecah 7,434 dan permohonan ini masih menunggu untuk diproses.
“Kita yakin permohonan yang tertangguh ini dapat diproses dalam masa terdekat,’’ ujar beliau.

No comments
Post a Comment