kadang-kadang kesabaran kita teruji


Tiba-tiba, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad menjadi bogeyman baru. Apa dosa beliau? Besar. Besar sungguh dosanya. Sila baca laporan The Star di sini.

Sang security guard atau pengawal keselamatan sekularisme di negara ini duduk tak duduk sudah melantik diri sendiri sebagai polis baru yang menjerkah orang-orang PAS setiap kali mereka bersuara mengenai negara Islam. Apa sahaja kenyataan mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam kini menjadi suara terlarang.

"Forbidden, ada tau ka?"

Semakin kukuhlah kedudukan Malaysia sebagai negara polis. Selain PDRM, ada lagi rupanya polis-polis tiruan yang kerja mereka ialah menjerkah dan menghamun PAS setiap kali hasrat mewujudkan negara Islam diucapkan.

Tidak peduli walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan "we are allowing more time for the electorate to understand us better" yang dengan sendirinya bermakna PAS akan menawarkan pilihan tersebut melalui pilihan raya dan bukan melalui paksaan. Apa mereka peduli itu semua asalkan mereka boleh bersedap-sedap menjerkah dan menghamun apa sahaja pernyataan PAS mengenai negara Islam.

Mereka juga tidak peduli kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga tidak peduli kalau kita bersuara mengenai hak untuk menganuti dan mengamalkan Islam yang dijamin oleh perkara 11 perlembagaan tersebut.

Depa siapa nak nafikan kebebasan bersuara setiap kali kita bercakap mengenai Islam dan negara Islam? Nak suruh pulak orang gugur negara Islam. Kamu siapa? Hey, we dont take order from you!

Awat? Depa nak kata bercakap mengenai negara Islam adalah amalan Islam yang disekat perkara 11(5)? Berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak? Kalau benar demikian, adakah perkara 3 menjadikan agama yang mempunyai amalan yang yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak sebagai agama rasmi?

Kalau ketagih sangat nak jadi polis tiruan pun, janganlah sampai nak sekat kebebasan bersuara dan penawaran pilihan secara demokratik. Bukannya nak paksa. Macamlah kita tak tau bahawa paksaan tidak boleh menjamin sokongan dan kesetiaan.

Bagi yang tidak mahu menjadi polis tiruan, mereka sedap-sedap pula menyatakan negara Islam tidak ada dalam ajaran Islam. Saya dah nyatakan pendirian saya dalam posting bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."

Peduli apa depa setuju tak setuju. Aku bukan tertakluk kepada persetujuan hampa.

Dalam al-Quran, terdapat banyak sistem dan undang-undang. Kalau tak ada negara, di mana nak laksanakan sistem dan undang-undang? Nak laksanakan di mana apa sahaja amalan yang disyaratkan kepada kita untuk menganuti Islam?

Sebab itulah, kepada yang mahu merealisasikan Fasal 5 Perlembagaan PAS, kita mesti bersuara dengan lebih kuat dan kerap untuk menawarkan pilihan tersebut secara demokratik. Peduli apa undertakings apa pun. Kalau tak nak, itu hak masing-masing. Hak untuk menolak tidak dinafikan. Tetapi, jangan cuba nak jahit mulut orang.

Awat? Over your dead body? Who wants to step on your stinking dead body? It will dirty our shoes, or my sandal for that matter.

No comments

Powered by Blogger.