Umno dah mula buat perangai BODOH!
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata anggota Parlimen yang tidak mengangkat tangan semasa upacara mengangkat sumpah tidak akan menjejaskan kedudukan mereka sebagai anggota Parlimen.
Beliau berkata anggota Parlimen berkenaan mungkin terlupa berbuat demikian semasa upacara berkenaan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat, hari ini.
"Kalau peraturan kata angkat, angkat sahajalah. Mungkin dia terlupa sebab orang ramai tengok. Takkan nak gantung dia pulak. Tak ada apa-apa kesan dan takkan jejas kedudukan (Datuk Abdul) Latiff (Ahmad) sebagai anggota Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Sebelum itu Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor) mempersoal tindakan seorang anggota Parlimen yang tidak mengangkat tangan semasa upacara mengangkat sumpah anggota di Dewan Rakyat, di sini.
Anggota Parlimen yang dimaksudkan ialah Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (BN Mersing) yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.
Pandikar Amin kemudian mengingatkan anggota Parlimen supaya mengangkat tangan semasa mengangkat sumpah. "Kalau boleh tolong angkat tangan...mungkin dia sakit tangan," katanya.
Pada ketika lain, Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN Kalabakan) mempersoalkan pakaian Datuk Ibrahim Ali (PAS Pasir Mas) kerana tidak memakai lounge suit gelap seperti yang ditetapkan peraturan dewan.
Abdul Ghapur membuat teguran itu sebelum Ibrahim mengangkat sumpah kerana beliau (Ibrahim) mengenakan kot dan seluar berwarna coklat cerah berbanding warna gelap seperti sepatutnya.
"Saya difahamkan beliau (Ibrahim) ahli Bebas bertanding pada pilihan raya umum, tumpang logo lain. Kali ini dilonggarkan peruntukan mesyuarat sebab mereka wakil Bebas," kata Pandikar Amin disambut sorakan barisan pembangkang.
Sebelum mengangkat sumpah Ibrahim sempat mencelah dan berkata: "Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker memang bijaksana."
Kesemua 222 anggota Parlimen mengangkat sumpah hari ini selepas Pandikar Amin dimasyhur dan dipilih sebagai Speaker bagi persidangan penggal pertama Parlimen ke-12.
Anggota Parlimen Santubong (Sarawak), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan anggota Parlimen Beluran (Sabah), Datuk Ronald Kiandee masing-masing kemudian dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan melalui undi bersurat selepas tiga nama dicalon untuk jawatan itu.
Yang Dipertua dan dua timbalan Yang Dipertua Dewan kali ini dipilih daripada kalangan anggota dari Sabah dan Sarawak berikutan perwakilan yang lebih besar dari kedua-dua negeri itu di Parlimen. BERNAMA

No comments
Post a Comment