Wanita dakwa dicabul tarik balik laporan polis?
Oleh Agendadaily.com
Rabu, 23 April 2008
WANITA yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri, jam 7.00 petang Rabu, menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu.
Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.
Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily, wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'guruan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'.
Sumber itu juga memberitahu, pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.

No comments
Post a Comment