terima la hakikat....

MB Perak pertahankan tindakan tukar Pengarah JAIP
30-04-2008 05:58:30 PM
IPOH: Menteri Besar Perak hari ini mempertahankan tindakan mengarah pertukaran serta merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury dengan alasan mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan kerajaan sebagaimana manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lepas.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri tidak mahu diheret lebih jauh ke dalam isu pertukaran terbabit, malah bukan menjadi dasar kerajaan negeri untuk mendedahkan sikap sesetengah pegawai yang bertindak menimbulkan perkara meragukan.

"Bagaimanapun kerajaan negeri terpaksa mempertahankan hak dan dasar yang diperjuangkan sepertimana yang disuarakan melalui manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lepas. Sikap tidak menghormati pendirian kerajaan oleh kakitangan awam sememangnya satu sikap yang tidak profesional, sedangkan semuanya telah termaktub dan ditentukan oleh Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedudukan Jamry adalah berstatus penempatan secara pentadbiran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred Utama C (Pinjaman).

"...jadi dalam ertikata sebenarnya dipulangkan ke jabatan asalnya. Bersesuaian dengan statusnya dipinjamkan ke jabatan berkenaan (JAIP) dan yang meminjamkannya ialah kerajaan negeri terdahulu. Oleh itu, setiap sesuatu yang dipinjam eloklah dipulangkan, apa tah lagi sudah tiga tahun beliau dipinjamkan," katanya.

Pertukaran Jamry ke jabatan asalnya adalah tanpa menjejaskan apa-apa yang sepatutnya diperolehi dan sesuai dengan kelayakannya, katanya.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri telah memberi tempoh yang panjang iaitu 40 hari untuk Jamry menyesuaikan diri dan bekerjasama.

"Tempoh 24 jam sepertimana digambarkan itu hanyalah satu proses prosedur. Beliau juga bukan dinafikan segala hak atas urusan pemindahan itu. Persoalan sewajarnya ialah apakah beliau mengalami apaapa kerugian daripada arahan itu Pastinya tidak.

"Persoalan kedua, kenapa hal ini dijadikan isu... kerana sebelum ini pun ada pegawai kanan kerajaan ditukarkan dari satu lokasi ke satu lokasi tanpa pengetahuan kerajaan negeri (walaupun ia patut dimaklumkan) tetapi tidak pula menjadi isu," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membetulkan kredibiliti pentadbiran jabatan berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan itu. BERNAMA


nak kecoh apanyer.....kena tukar tu perkara biase la...cikgu yang kena tukar p pedalaman pun banyak..depa tak bising pun..ni la undang-undang yang UMNO ajar,,,terima la wahai sahabatku

No comments

Powered by Blogger.