arahan dari ketua yang penakut............

KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, mana- mana pemimpin atau ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang bertelagah sesama sendiri secara terbuka bakal berhadapan dengan tindakan disiplin.

Pengerusi BN itu menegaskan, parti itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pertelagahan terbuka para pemimpinnya kerana ia menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

Jelasnya, Dewan Tertinggi BN bersetuju agar tindakan diambil ke atas mana-mana pemimpin yang bertelagah secara terbuka.

Beliau berkata, larangan bertelagah secara terbuka itu adalah langkah bagi memperkukuhkan BN dan bukannya mewujudkan sebarang halangan untuk bersuara.

Arahan"Ini bukan untuk tutup mulut tetapi setiap parti ada disiplin, kita akan keluarkan arahan berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Beliau menjawab soalan mengenai usaha bagi memperkukuhkan kembali BN sedangkan masih berlaku pertelingkahan beberapa pemimpin parti komponen itu.

Abdullah menambah, jika BN terus berdiam diri dan membiarkan pemimpin-pemimpinnya bertelagah, ia akan dilihat sebagai sebuah parti yang tidak memiliki disiplin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemimpin-pemimpin BN yang hadir dalam mesyuarat hari ini memberi jaminan tidak ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan melompat ke parti pembangkang.

Abdullah berkata, mesyuarat hari ini juga mencapai kata sepakat agar Dewan Tertinggi BN bertemu lebih kerap.

Ini katanya, bagi memastikan agar sebarang permasalahan yang wujud dalam BN akan dapat diberikan perhatian dan diselesaikan segera.

"Kerajaan BN juga akan memberikan perhatian untuk memenuhi janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu termasuk memastikan kawasan pedalaman terutama di Sarawak memperoleh bekalan asas seperti elektrik," jelasnya.


dah la tu pak lah...sapa yang takutkan bayang-bayang sekarang...semua orang dah tak suka kat datuk seri..ada satu cara sahaja supaya tak bagi ahli berbalah....pak lah letak jawatan...senang je....

No comments

Powered by Blogger.