olang tua...lu turun la..

Kee Kwong gesa Keng Yaik letak jawatan sebagai penasihat Gerakan
29-04-2008 06:16:42 PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Kuala Lumpur Datuk Dr Tan Kee Kwong menggesa Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik meletakkan jawatan sebagai penasihat parti kerana sikap beliau yang sering campurtangan dalam hal ehwal parti telah membawa banyak musibah kepada parti.

Tan yang juga anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan berkata Lim sepatutnya hentikan sikap suka campurtangan dalam hal ehwal parti dan sebaliknya bersara dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

"Dengan memberikan nasihat yang tidak diminta secara terbuka mengenai hal ehwal parti, Lim telah banyak mencemarkan imej parti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas pelantikan bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi eksekutif invest-Penang, Tan berkata beliau kesal kerana pemimpin berwibawa seperti Lee terpaksa keluar parti akibat tindakan Dr Lim.

"Lee Kah Choon menerima kedua-dua jawatan demi faedah penduduk Pulau Pinang. Pelantikan ini bukan pelantikan politik, dan tugasnya tidak berbeza dengan kakitangan awam yang tiada kaitan dengan politik," katanya.

Beliau berkata Lee telah menunjukkan contoh baik bagaimana seseorang yang berbeza fahaman politik boleh saling bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Tan juga mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan pengerusi Gerakan Kuala Lumpur dan pengerusi Bahagian Segambut pada pemilihan parti Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Bahagian Cheras Dr Hsu Dar Ren, pengerusi Bahagian Setiawangsa Li Tiam Chai dan Penolong Setiausaha Wilayah Persekutuan K.K. Supramaniam turut hadir pada sidang akhbar itu. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.