Mekanisme baru padi akan diumum minggu depan: Mustapa
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengumumkan satu mekanisme baru selewat-lewatnya minggu depan dalam usaha untuk meningkatkan hasil keluaran padi negara.
Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata mekanisme baru itu terkandung dalam pelan Strategi Jaminan Makanan negara.
"Dalam seminggu ini saya akan umumkan langkah terperinci, tetapi kami telah bersetuju pada prinsipnya untuk melaksanakan beberapa langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi meningkatkan pengeluaran padi," katanya selepas merasmikan majlis pra-pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2008) dan Promosi Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPs), di sini hari ini.
Strategi Jaminan Makanan telah diumumkan sebagai langkah bagi menjamin bekalan makanan negara terutama beras mencukupi berikutan kenaikan harga beras di pasaran antarabangsa.
Antara strategi yang terkandung dalam pelan itu adalah meningkatkan infrastruktur pertanian, menyedia dan membaikpulih sistem pengairan, bantuan dalam bekalan baja, benih dan racun subsidi serta membangunkan kawasan tanah terbiar untuk penanaman padi dan tanaman lain. BERNAMA

No comments
Post a Comment