Peruntukan sekolah di Kelantan terus disalurkan



KOTA BAHARU: Peruntukan kerajaan pusat bagi membina bangunan tambahan dan bangunan baru sekolah-sekolah di Kelantan tidak berubah sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Pengarah Jabatan Pelajar Negeri Kelantan, Ismail Mohd Nor berkata peruntukan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan semasa bagi membolehkan pembangunan pendidikan di Kelantan dilakukan secara terancang dan tersusun.

"Peruntukan adalah bagi membina sekolah baru, tambahan bilik darjah, makmal komputer, makmal sains dan kemudahan pembelajaran sebagaimana yang diputuskan di bawah RMK9," katanya kepada Bernama.

Ismail berkata setiap projek yang diluluskan oleh kerajaan di bawah RMK9 akan dilaksanakan mengikut jadual dan setakat ini kerjakerja pelaksanaan berjalan lancar. BERNAMA


kerabu bersuara: bagus la..lagi pun ini adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk kebaikan anak-anak kelantan..adalah tidak bertanggungjawab andainye kerajaan pusat tidak meluluskan peruntukan ini...sesungguhnya amanah yang allah berikan akan disoal di padang mahsyar nanti...sama-sama fikir la samada dari pas ataupun bN

No comments

Powered by Blogger.