UmNO perak dah mula kalut....

SITIAWAN: Tidak sampai dua bulan memegang tampuk kuasa, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menunjukkan taring dengan melantik imam dan pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) tanpa rundingan pada peringkat akar umbi serta tidak mengikut prosedur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata 675 imam, pengerusi dan ahli JKKM di masjid dan surau seluruh Lumut serta Beruas yang dilantik pada 2004 kini keliru kerana kerajaan negeri melantik imam dan pengerusi dari kalangan ahli Pas.

Katanya, pelantikan semua imam dan Pengerusi serta Ahli JKKM sedia ada dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sah sehingga Oktober lalu, tetapi Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) mengeluarkan surat mengarahkan mereka terus bertugas sehingga surat lantikan 2007 hingga 2009 dikeluarkan tidak lama lagi.



Beliau berkata, pada akhir tahun lalu Pengarah Jaip, Datuk Jamry Sury menyerahkan senarai baru imam dan pengerusi serta ahli JKKM kepada Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Islam Perak untuk pengesahan.

“Majlis itu belum mengesahkan senarai baru untuk melantik semula imam dan pengerusi serta ahli JKKM ini kerana belum bermesyuarat tetapi, kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Pas, mempunyai senarai mereka sendiri.

“Mengikut prosedur biasa, selepas senarai imam, pengerusi dan ahli JKKM dipilih penduduk kariah, nama mereka diserahkan kepada penghulu dan kemudian kepada Orang Besar Jajahan untuk dimajukan Jaip dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Islam Perak untuk pengesahan.

“Pelantikan daripada kalangan ahli Pas ini juga tidak menghormati Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Islam Perak," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Zambry yang juga Bekas Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi berkata, tindakan kerajaan negeri itu akan memecah-belahkan masyarakat di akar umbi kerana ada dua kumpulan imam dan pengerusi JKKM di 45 masjid atau surau di Lumut serta Beruas.

Katanya, tindakan Pakatan Rakyat itu jelas tidak menghormati titah Raja Nazrin ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, kira-kira 10 hari lalu.

Antara lain, Zambry berkata, Raja Nazrin bertitah, baginda akan memastikan institusi agama di bawah bidang kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan masyarakat.

yang hang dok wat lagu tu nape??? awat dok kecoh-kecoh..kalau jadi imam nak baca khutbah pun tergagap-gagap....baca ayat pun tunggang langgang....baik bagi kat orang lebih kelayakan dan lebih baik pengurusan masjid....bagi yang mampu...dr zamry nak jadi imam kat mukim mana???

No comments

Powered by Blogger.