PAS PATUT DAH MULA BUAT KERJA


Lupakanlah sementara pergolakan dalam UMNO. Jom buat kerja! Sebagai insan yang inginkan pemerintahan Islam menjadi realiti di Malaysia, saya sangat berharap agar suatu hari PAS akan berjaya memerintah Malaysia, on its own feet! PAS masih tidak mampu untuk memerintah negara buat masa ini, oleh itu PAS perlu mantapkan diri sebagai persediaan untuk menerajui negara, mungkin selepas PRU13 nanti, insya Allah.

Oleh itu, banyak kerja yang perlu PAS buat. Salah satu yang akan saya saran di sini ialah mengenai pensijilan halal. Bukan untuk bersaing dengan apa yang dibuat oleh kerajaan, tetapi untuk memperelokkan apa yang ada.

Sejarah sijil Halal
Sepanjang ingatan saya, sijil halal dahulunya dikeluarkan oleh Pusat Islam, kini dikenali Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Kemudian, sekitar 90an, JAKIM mentauliahkan satu syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pensijilan halal ini. Maklumat dari seorang kenalan dalam JAKIM adalah : syarikat tersebut merupakan kepunyaan bekas seorang pengarah JAKIM yang bersara. Rupanya, pengarah2 dalam Jabatan2 kerajaan apabila hampir bersara akan mula mencari peluang2 perniagaan atau kedudukan dalam syarikat2 swasta. Contohnya, Datuk Pahamin Rejab, bersara dari KSU KPDN&HEP, masuk Air Asia. Ya lah, masa dalam kerajaan banyak elaun. Contohnya pengarah, mungkin gajinya sekirtar 6 ribu. Dicampur berbagai elaun yang jumlahnya sekitar 7 ribu, dapatlah gaji dalam 13ribu sebulan (amaun ni agak2 saja, tapi tak banyak lari). so bila bersara, dapat gaji separuh iaitu sekitar 3 ribu. Mana nak cari kekurangan yang banyak tu. Itulah sebabnya bagi yang 'pintar' akan memikirkan projek2 yang boleh menstabilkan pendapatan setelah bersara. Salah satunya syarikat yang menjalankan pensijilan halal inilah. (kalau maklumat yang saya dapat ni tak betul, maaflah)

Bagaimana Sijil HALAL mendatangkan pendapatan?
Sebelum ini saya ingatkan untuk mendapat sijil halal adalah percuma. Sehingga saya menyertai satu Gerak Usahawan dan menghadiri kursus pemprosesan makanan baru saya tahu bahawa ianya berbayar. Dan, semasa pensijilan ini diuruskan oleh syarikat tersebut, khabarnya satu sijil halal kosnya sehingga RM1,500. Sekiranya anda pengeluar makanan, contohnya Sos Cili dengan berbagai perisa spt:- sos cili +bawang putih, sos cili manis dan sos cili biasa. Di sini, anda ada 3 produk, bermakna anda perlu mendapatkan sijil halal bagi ketiga2 produk tersebut di mana kos untuk sijil tersebut dikira untuk 3 sijil iaitu 1,500 x 3 = RM4,500.00. Bayangkanlah kalau anda ada 10 produk! Satu sijil halal sah tempoh untuk 2 tahun dan perlu diperbaharui.

Selain itu, anda juga perlu mendapatkan sijil halah bagi premis samada kilang atau restoran dan kadarnya boleh anda rujuk di website JAKIM.

Kadar bayaran yang tinggi untuk mendapatkan sijil halal ini adalah antara rungutan utama dari ramai pengusaha makanan IKS yang rata-ratanya adalah orang Melayu/Islam yang baru belajar2 nak berniaga. Sebab itu, sekiranya anda membeli produk buatan Melayu, contohnya budu atau keropok, ada yang logo halalnya sekadar tulisan perkataan halal dalam ejaan jawi. Mereka tak mampu untuk membayar kos untuk mendapatkan sijil tersebut.

HDC (Halal Development Corporation)
Sekarang ini, pensijilan halal untuk produk dan premis telah diserahkan kepada HDC sebuah syarikat dibawah naungan kerajaan. Ada orang kata ianya kepunyaan Khairi, mungkin kerana keterlibatan aktif Khairi dalam menjadikan Malaysia sebagai hub halal dunia. Saya tak boleh komen, sebab tak ada info. Khabarnya juga, kos yang dicaj oleh HDC lebih murah berbanding JAKIM. Entahlah, perlu mencari info lagi. Website HDC tidak menyatakan kos untuk pensijilan halal ini.

Saranan untuk PAS
PAS dibawah lajnah ekonomi atau apa2 lajnah yang sesuai disarankan melaksanakan pensijilan halal sendiri terutama di negeri2 di bawah Pakatan Rakyat. Tujuannya adalah:-
1. Untuk tidak membebankan pengusaha dengan caj tinggi yang dikenakan oleh JAKIM/HDC. Sekiranya mereka tidak mampu mendapatkan sijil dari HDC, sijil dari PAS mungkin membolehkan produk mereka diakui halal oleh pengguna.
2.Supaya rakyat menjadi sinonim dengan produk Islam yang di bawa oleh PAS. Kalau selama ini bila disebut PAS, yang terlintas hanyalah politik. Kali ini, biarlah PAS juga terkait dengan lain-lain perkara yang meliputi kehidupan rakyat.
3.Sebagai latihan untuk PAS mengambil alih pemerintahan negara kelak. Persediaan praktikal harus bermula dari sekarang danmencakupi dari sekecil2 perkara sehingga yang sebesar2 perkara.
4.Sebagai check n balance kepada apa yang dibuat oleh kerajaan. tegur menegur adalah dituntut dalam agama. Apa salahnya apa yang kerajaan buat, PAS pun buat, sebab PAS pun ada kerajaan.

Kiranya saranan ini berguna, harap pimpinan PAS sudi fikir2kan. Dan berikut adalah logo bayangan yang saya buat secara tergopoh gapah.

No comments

Powered by Blogger.