DASC Jangan Bimbang Pada Penulis Blog Politik (PBP)


Dilantik saja Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabeery Chik (DASC) menyatakan hasrat untuk bertermu muka dengan PB ekoran banyak maklumat yang diakui sudah menggugat peranan parti politik dan tokoh-tokoh UMNO. Itu sebenarnya, tidak sepertimana disebut kononnya untuk melihat berbaik PBP lalu mendekatkan PBP dengan Kerajaan – Walhal UMNO/BN.




Realitinya, PBP timbul atas rasa peka dan perihatin kepada kedurjanaan dan kemurkaan yang dilakukan oleh orang-orang yang berkuasa dalam kontek sekarang ialah pemimpin politik, kaki tangan kerajaan yang berkepentingan yang diguna oleh pemimpin politik yang rakus demi kuasa dan harta. Yang mana, semua kedurjanaan pemimpin politik didiamkan bahkan dijaga dan dipertahan oleh media arus perdana samada berbentuk digit atau kertas. Ini sebenarnya asas kewujudan PBP.


Jika Menteri Penerangan DASC fikir PBP wujud lain dari alasan di atas, maka sikapnya adalah serupa saja dengan Zam, bekas menteri penerangan yang lalu. DASC perlu tepuk dada tanya iman dalam hal ini. Kalau tidak, DASC sendiri akan jadi sasaran PBP. Tunggu dan tengoklah nanti kalau tidak percaya.


Oleh yang demikian, DASC tidak perlu bimbang dengan PBP. Tugas DASC ialah pastikan laporan yang dibuat dalam media arus perdana samada berbentuk kertas atau berdigit supaya tidak melampui batas propaganda politik, laporan yang adil terutama dalam kontek berpolitik. Jangan bersifat mempertahankan benang basah atau lebih tepat lagi mempertahankan kedurjanaan satu pihak demi kuasa politik.


Sikap DASC yang cepat sangat membuat kenyataan ingin menenui PBP ini seolah-olah PBP pihak yang bersalah atas kejatuhan UMNO/BN dalam PRU 12 lalu. Ini sikap yang kurang tetap, terutama dalam kontek sekarang yang mana UMNO/BN sendiri bergolak dan dengan Istana mengelegak.


Eloklah DASC tenung ke dalam diri kementerian penerangan dan nilai cara dan peranannya yang sebenar, fikirlah kenapa PBP ini wujud sebagai media alternative kepada media arus perdana yang dikawal oleh UMNO/BN yang menggunakan kakitangan kerajaan di Kementerian Penerangan.


Muramatsu

United Kingdom

No comments

Powered by Blogger.