alwi......kamu jangan cakap besar tau...

KOTA BAHARU: Ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengingatkan pemimpin PAS agar tidak mencampuri urusan dalaman Umno terutama dalam soal pemilihan.

Md Alwi (BNKok Lanas) berkata seperti mana PAS, Umno sendiri tidak pernah mencampuri urusan parti tersebut kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan parti.

"Saya rasa Yang Berhormat (Datuk Takiyuddin Hassan) tidak mempunyai jiwa Umno dan sebab itu tidak tahu membezakan peranan saya sebagai Ketua Penerangan Umno Kelantan dan Ketua Pembangkang yang tidak ada kena mengenai dengan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan," katanya ketika membahaskan tambahan bajet 2008 di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum itu Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bangun mencelah ketika Md Alwi berbahas dengan bertanyakan sama ada ketua pembangkang itu mempunyai keinginan untuk menggantikan tempat Datuk Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Md Alwi secara sinis berkata seperti mana jawatan exco yang dipegang Takiyuddin sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang tersendiri dan tidak boleh mencampuri pula urusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apatah lagi dalam soal menentukan jawatan.

Beliau berkata tugasnya sebagai ketua pembangkang di dewan itu adalah berbeza dengan jawatan dalam parti iaitu untuk menegur segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri dan juga merapatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Saya sebagai ketua pembangkang tidak berhasrat untuk menentang segala kebaikan yang telah dilakukan kerajaan negeri dan kehadiran enam wakil pembangkang di dewan ini adalah untuk memberikan kebaikan kepada semua pihak.

"Kami tidak akan membantah secara membuta tuli dan setiap perkara baik kami akan sokong," katanya.

Md Alwi meminta kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan yang tidak membenarkan status kawasan pertanian diubah untuk dijadikan projek pembangunan yang lain.

Katanya tanah pertanian itu seperti sawah padi terbiar tidak patut dijadikan kawasan perumahan kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan industri pertanian.

Ketika di luar dewan Ad Alwi kesal kerana wakil rakyat PAS sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat dalam setiap hal.

"Mereka sudah tidak boleh menilai segala kebaikan kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata Nik Aziz tidak mempunyai asas untuk meminta kerajaan Pusat memohon maaf dan membayar pampasan yang didakwa sebagai ketidakadilan terhadap Kelantan selama ini.

"Nak bayar pampasan apa, Kelantan bukan ada royalti minyak seperti yang dituntut Terengganu dan nak minta maaf apa lagi sedangkan kerajaan Pusat berhabisan membantu membangunkan Kelantan selama ini,' katanya.

Semalam Nik Aziz berkata, sejak PAS memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum 1990, kerajaan pusat gagal menyalurkan peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT).


kamu manganggap diri kamu hebat...kamu baca ayat-ayat alQuran..adakah kamu faham???jangan sekadar tahu membaca tetapi tak tau cara untuk mengamalnye...sedarkan kan la diri sebelum kamu nak sedarkan diri orang lain.tanye la adakah diri kamu tu bersih????lu jangan wat wa bikin panas!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.