Kes Sufiah - soal agama tidak boleh dipandang remeh!
SAYA tertarik dengan pendapat yang mempersoalkan kenapa perlu sibuk tentang Sufiah...Bagi saya, secara jujurnya perkara macam inilah 'rakyat Malaysia' terutama yang mengaku dirinya melayu dan beragama Islam harus 'sensitif dan berfikiran positif 'Soal maruah dan agama jangan di pandang 'remeh' jika kita tidak mahu terus diperlekehkan oleh bangsa lain.
Terutama golongan muda...Kita tidak perlu 'merusuh, demotrasi atau bertindak ganas' memadai kita menilai secara positif dan 'baik'
Secara logiknya, sebagai insan yang bernama ' wanita ', pastinya saya rasa malu dan tidak menyangka seorang insan yang 'genius' sanggup berkelakuan demikian. Namun, saya percaya, sesuatu yang berlaku mesti ada sebabnya..
Memetik tulisan dalam rencana yang ditulis oleh Sapora Sipon dalam sebuah akhbar bahasa Malaysia, bertarikh 6 April 2008 yang bertajuk "Sudut psikologi, personaliti Sufiah."
"Cerita Sufiah Yusoof, kanak-kanak genius matematik yang mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru sahaja 13 tahun bukanlah cerita gembira. Setelah melalui beberapa garis hidup yang menyedihkan, kini Sufiah didapati memperoleh pendapatan dengan menjadi pekerja seks.
Pelbagai andaian dikaitkan dengan apa yang berlaku terhadap Sufiah. Namun, adalah juga sukar untuk menjelaskan apakah sebenarnya penyebab kepada tingkah laku Sufiah yang berubah daripada kanak-kanak yang bergambar bangga dengan topi graduan di luar Kolej St. Hilda yang berprestij kepada pekerjaannya sekarang. Hanya Sufiah yang mengetahuinya kerana beliaulah pelaku kepada tingkah lakunya.
Dari sudut psikologi, ada yang mengaitkan dengan apa yang dialami semasa proses membesar. Ia dikaitkan dalam peringkat-peringkat perkembangan personaliti sepertimana yang dijelaskan dalam teori psikoanalitik oleh Sigmund Freud. Dalam penerangan mengenai pembentukan personaliti Anal Aggressive, Freud menjelaskan, sekiranya ibu bapa terlalu ketat kawalan dan rigid peraturannya maka kanak-kanak akan bertindak balas secara agresif dengan tidak mematuhi akan kehendak ibu bapanya.
Tindak balas menentang ini akan menjadi asas bagi pembentukan personaliti yang melahirkan ciri-ciri seperti amarah dan tidak teratur yang ekstrem. Ramai yang kuat berpendapat bahawa bapanya yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah.
Mungkin juga tingkah laku Sufiah adalah dalam bentuk penyaluran (displacement) iaitu satu bentuk mekanisme untuk melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Misalnya, rasa marah terhadap bapanya disalurkan kepada bentuk tingkah lakunya.
Bukan sahaja faktor ibu bapa Sufiah yang boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Mungkin juga ia berdasarkan prinsip keseronokan di mana segala tingkah laku didorong oleh kehendak untuk memperoleh keseronokan dan berusaha mengelak daripada pengalaman yang menyakitkan.
Mungkin juga Sufiah melakukannya atas dasar untuk memperoleh keseronokan. Manusia melakukan satu tindakan adalah hasil daripada proses pelaziman dan mereka lebih cenderung mengulangi apa-apa aktiviti untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan.
Apa yang ditulis di atas adalah hanya andaian-andaian kepada faktor yang menyumbang kepada tingkah laku Sufiah. Hanya Sufiah yang dapat memberi jawapan kepada segala persoalan dan permasalahan yang menimpa dirinya.
Namun bantuan dan bimbingan perlu diberikan kepada Sufiah untuk beliau dapat meneruskan kehidupan dengan baik. "
Kesimpulannya....tidak ada siapa yang perlu disalahkan....melainkan diri sendiri yang perlu 'kuat' dengan dugaan dunia dan tahu matlamat hidup sendiri...Berfikiran positif itu penting.
"Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

No comments
Post a Comment