Exco tidak berminat duduk di rumah RM40 juta
Saidah Hairan
Sun | Apr 06, 08 | 11:42:32 am MYT
SHAH ALAM, 6 April (Hrkh) - Exco negeri Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum memutuskan sama ada mahu menjual atau menyewakan 10 buah rumah Exco bernilai RM40 juta di seksyen 7, Shah Alam.
Menurut Exco Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Perkhidmatan Awam, Dato' Dr Hassan Ali semua ahli Exco yang baru mengangkat sumpah tidak berminat untuk tinggal di rumah Exco yang dibina ketika BN/Umno memerintah Selangor.
"Kita belum pastikan lagi sama ada rumah itu mahu disewakan atau dijual tetapi yang pastinya tidak ada Exco yang akan masuk ke situ. Tiada Exco yang menukar kereta baru, mengubah bilik atau melakukan sesuatu dalam sebulan ini. Pada saya walaupun kecil tetapi amalan ini tidak biasa pada pimpinan BN/UMno," katanya.
Dalam tempoh sebulan Pakatan Rakyat (PAS, KeADILan dan DAP) memerintah Selangor katanya, Menteri Besar dan Exco telah menghadkan pemberian tanah kepada individu dan hanya diberikan kepada institusi.
Kerajaan Selangor akan membatalkan langsung pembangunan di tanah cerun bukit, pembangunan yang dikatakan sebagai katogeri tiga dan empat yang melebihi 35 hingga 25 peratus kecerunan yang BN/Umno tidak pernah lakukan, tegasnya.
Begitu juga tambah beliau, kerajaan Selangor tidak mengambil pendekatan yang drastik misalnya memberhentikan JKKK, kakitangan dan pegawai Majlis Tempatan (PBT), pegawai kerajaan yang condong kepada Umno dan mereka yang mempunyai jawatan politik yang sememangnya Umno/BN.
"Saya tanya orang Umno, orang Umno sendiri pun mengikhtiraf apa yang kita lakukan. Pada saya sangat positif dalam bulan ini tetapi kita selalu menjanjikan kepada rakyat bahawa kesan yang lebih besar akan ditunjukkan dalam 100 hari kita memegang tampuk pemerintahan," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, baru-baru ini. - mns
(Wawancara penuh akan disiarkan dalam Harakah Cetak akan datang.)

No comments
Post a Comment