NAJIB TIDAK LAYAK JADI PM?


Saban hari kita disajikan dengan berita tekanan yang diberi kepada Pak Lah untuk meletak jawatan dan memberi tugas mentadbir negara kepada timbalannya iaitu Najib. Rata-rata dalam UMNO sendiri menyokong Najib mengambil alih tugas memimpin kerana sememangnya terbukti Pak Lah gagal mentadbir dan memimpin dengan baik sehingga UMNO/BN terpukul teruk dengan tsunami PRU12 baru-baru ini.

Namun persoalannya sekarang adakah dengan memilih Najib sebagai pengganti maka akan selamatkah negara daripada tangan- tangan perosak yang akan membinasakan negara pada satu masa kelak? P.I pasti pembaca semua tahu jawapannya. Sememangnya UMNO memerlukan seseorang yang mampu mencabar Pak Lah bagi menyelamatkan masa depan parti itu.


Itu bagi UMNO tapi P.I yakin rakyat tidak akan merelakan orang seperti Najib mentadbir negara.Kenapa dan mengapa?jawapannya cukup mudah.Kerana untuk memilih pemimpin negara kita pasti akan terfikirkan faktor-faktor berikut:-.


1. Adakah Najib tidak kronisme?

2. Adakah Najib tidak korupsi?

3. Adakah Najib memperjuangkan Islam?

4. Apakah sekiranya Najib menjadi perdana menteri nasib
rakyat akan terbela?
5. Adakah jaminan bahawa segala masalah yang
meruncing pada ketika ini akan dapat diselesaikan?
6. Adakah Najib tidak pernah terlibat dalam skandal terutamanya skandal penyalahgunaan kuasa dan skandal seks?


Secara kasarnya kebanyakkan rakyat tahu jawapannya.Berdasarkan keterampilan Najib sepanjang menjadi wakil rakyat selama ini adalah menjadi kewajipan rakyat untuk menolak pemimpin seperti ini.Segala tingkah laku Najib selama ini telah membuktikan bahawa dia sememangnya tidak layang menjadi PM.


Rakyat mahukan seorang pemimpin yang bersih secara total bukan sekadar luaran sahaja.Cukup lah rakyat tertipu dengan perdana menteri yang nampak bersih namun sebenarnya banyak kekotoran yang tercalit sejak peralihan kuasa 2003 tempohari.


Mungkin rakyat berfikir bahawa sudah lambat untuk bertindak kerana keputusan PRU12 masih memihak kepada BN dan ianya masih membolehkan Najib untuk naik ketampuk pemerintahan.Tapi kita masih ada masa untuk terus berjuang bagi menghalang orang yang rakus mengambil kesempatan demi perut sendiri seperti Najib ini daripada berkuasa.Bagaimana?teruslah membongkar segala kerosakkan mereka,sebarkan sesama rakyat dan teruskan berjuang menentang kemungkaran mereka dan jangan berhenti walaupun diumpan dengan pelbagai janji manis mereka.Buktikan kita rakyat Malaysia tidak lagi bodoh untuk digula-gulakan.Akhir sekali berdoa lah kepada Allah...insya Allah jika tidak dalam tempoh terdekat,lambat laun akan berdirilah sebuah kerajaan yang akan membela nasib rakyat...dan kerajaan itu bukan lah dibawah pimpinan Najib kerana sememangnya manusia bernama Najib Tun Razak ini tidak layak menjadi Perdana Menteri untuk rakyat.


Hayya bil jihad...


Wassalam...


http://pemuda-insaf.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.