Pindaan Auku dikehendaki lebih menyeluruh, dipersetujui ramai pihak
KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Pindaan Auku 1972 yang lebih kepada penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti kemasyarakatan, bukannya politik, dilihat sebagai strategik licik Kementerian Pengajian Tinggi dalam memenuhi gesaan pelajar yang mahukan akta itu dimansuhkan.
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Abdullah Abdul Karim ketika memberi respons berhubung pindaan itu berkata, pindaan itu sebenarnya masih tidak memberi kebebasan kepada mahasiswa yang lebih menjurus kepada persatuan yang ada hubungan dengan kerajaan.
Semalam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Idris Harun dilaporkan berkata, seseorang mahasiswa tidak semestinya hanya tertumpu kepada bidang yang dipelajarinya sebaliknya boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Belia 4B.
Mengulas perkara ini, Abdullah membidas pertubuhan Belia 4B yang sedia maklum lebih cenderung kepada kerajaan dan ini secara tidak langsung mereka akan terlibat dengan politik kerajaan.
"Amat tidak adil kerajaan bertindak demikian, dalam masa sama ada niat tersembunyi kerajaan di sebalik pindaan tersebut," katanya ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.
Mengulas kebenaran pelajar terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Abdullah mencabar kerajaan supaya tidak menyekat pelajar untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan NGO selain Belia 4B seperti Teras, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Suaram, Gerak, Jerit, dan sebagainya.
"Jika pelajar boleh terlibat dalam NGO, saya minta mereka juga tidak dihadkan untuk NGO tertentu sahaja biarlah ia menyeluruh," tegas beliau.
Berhubung senario mahasiswa terlibat dengan politik katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan dan sememangnua pelajar akan tetap dipergunakan oleh mana-mana parti politik termasuk kerajaan sendiri seperti Putri Umno dan Putra Umno.
Justeru katanya, kementerian sepatutnya memperbetulkan prosedur tatatertib univsersiti terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan membuat pindaan akta.
"Bahkan kementerian juga patutnya mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pelajar, NGO dan parti politik sebelum meminda akta berkenaan," katanya. - mns

No comments
Post a Comment