porah....Um NO ganu..

Malaysiakini dalam perenggan terakhir topik ` Royalti petrol: PM nafi MB T'ganu berbunyi `Isu perbelanjaan wang royalti dikatakan menjadi satu daripada beberapa punca pihak istana tidak melantik semula Idris, dan menggantikannya dengan Ahmad.

Jika sudah demikian kenapakah Umno masih enggan memulangkan royalti itu yang boleh ditafsirkan mahu meneruskan penderhakaan, sedangkan MB mereka sendiri sudah menjelaskan betapa `bobrok` dan membazirnya cara wang ehsan itu diuruskan.

Kita menggerudi dan menggali lebih RM20 billion nilai minyak setiap tahun diperairan Terenggana dan memberikan rakyatnya royalti 5 peratus yang bernilai RM 1 bilian sahaja. Itu pun kita buat mereka macam nak minta sedekah ???

Bagi saya, rakyat Terengganulah sebenarnya yang memberikan wang ehsan yang amat besar kepada kerajaan persekutuan melalui hasil minyak sehingga RM20 billion setiap tahun itu. Sepatutnya kerajaan persekutuanlah yang berteriima kasih dengan pengorbanan rakyat Terengganu.

Sebagai tanda manusia berterima kasih apa salahnya hulurkan `seciput` RM1 billion itu dan biarkan kerajaan yang mereka pilih itu uruskan sendiri untuk mengagihkannnya kepada rakyat Terengganu seperti layanan keatas Sabah dan Sarawak.

Justeru, sebagai sultan sebuah negeri berdaulat yang tahu keupayaan negerinya dan prihatin pula dengan nasib malang rakyatnya memang ada kemungkinannya isu royalti minyak itulah yang menyebababkan baginda berkecil hati dan menolak Idris.

Tapi, saya percaya dengan jumlah wang yang begitu besar, tentu ada muslihat kenapa wang itu mesti diuruskan melalui kerajaan persekutuan. Rakyat Terengganu berhak mempersoalkannya dan rakyat Malaysia pula pasti mempunyai persepsi mereka atas sikap kerajaan persekutuan itu."

No comments

Powered by Blogger.