Umur 60 - Antara kepentingan CEUPEC dan rakyat

"Berikutan terdesak dan takut kepada ugutan berpiket, akhirnya Perdana Menteri terpaksa setuju dengan beberapa tuntutan Cuepec termasuk melanjutkan tempoh perkhidmatan awam kepada umur 60 tahun. Sebagai reaksi, berbagai pendapat telah disuarakan berhubung dengan usia 60 itu.

Selain dari terdapat sejumlah kakitangan kerajaan sendiri tidak bersetuju, mungkin 100% orang awam mempertikaikan kewajaran perlanjutan usia 60 dalam perkhidmatan awam atas berbagai sebab dan alasan. Antara;

a. Rakyat berpendapat, negara tidak wajar melanjutkan tempoh perkhidmatan dalam situasi peratusan pengangguran semakin meningkat sekarang.


b. Rakyat berasa rugi wang negara yang dipungut dari berbagai sumber, termasuk cukai dibelanjakan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan kerajaan yang tidak lagi produktif kerana faktor usia.


c. Bayangkan dalam usia lanjut, bagaimana mungkin kakitangan kerajaan dapat memerah tenaga dan fkiran untuk memajukan pekerjaan mereka dan jika keadaan tersebut terjadi, sudah tentu akan wujud ketidakseimbangan di atara perkhidmatan yang diberi berbanding dengan upah yang diterima setiap bulan. Dengan kata lain, majikan (kerajaan) akan mengalami kerugian yang besar, semata-mata untuk mengekalkan pekerja-pekerja yang tidak lagi produktif dan tiada lagi mood untuk bekerja, selain menunggu masa untuk persaraan.

ulasan lanjut...

No comments

Powered by Blogger.