BPR penakut dan penjilat!!


KUANTAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan meletakkan lebih ramai pegawainya untuk memantau kegiatan politik wang ketika proses pemilihan Umno berlangsung Mac depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata langkah itu bagi membendung kegiatan berkenaan selepas banyak kes politik wang dikesan peringkat pemilihan bahagian baru-baru ini.

Beliau berkata, sebahagian daripada lebih 900 kes politik wang yang dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini adalah laporan yang diberi pegawai BPR, berikutan kes itu tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana kekurangan bukti kukuh tetapi masih ada asasnya.

"Di mana disyaki berlaku rasuah, kita akan hantar pegawai BPR untuk memantau dan menyiasat kes dengan melakukan penyamaran,” katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepemimpinan Berintegriti Ketua Jabatan Negeri Pahang 2008, di sini semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, BPR bakal memiliki 7,000 kakitangan menjelang 2012 selepas kerajaan bersetuju menambah 5,000 kakitangan baru dalam tempoh berkenaan.

Ahmad Said berkata, pihaknya kini menumpukan kepada penyiasatan berasaskan risikan dalam usaha membanteras rasuah dan penambahan kakitangan membolehkan mereka ditempatkan di pintu masuk utama negara, berikutan adanya ancaman keselamatan.

Berikutan itu, katanya, BPR akan membuka lebih banyak pejabat cawangan di lapangan terbang selepas kemudahan itu disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi memudahkan pihak tertentu menyalurkan maklumat diperlukan.

Antara lain, beliau berkata, pejabat cawangan BPR akan dibuka di lapangan terbang Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu, selain di kawasan kecil seperti Keningau (Sabah), Limbang (Sarawak) dan Grik di Perak dalam usaha mencegah rasuah.

woi tamby...pantau saje wat apa?hang tak leh tangkap ke?kalau pembangkang cepat je budak2 hang dok p...memang bpr pennjilat kaki UMNO!!....ppppuuiiiihhhh.....

No comments

Powered by Blogger.