Apabila Utusan Malaysia Menyokong Kepimpinan Ulama




Akhbar Utusan Malaysia yang terbaru (seperti dalam gambar)memberi liputan muka depan kenyataan Ketua DEwan Ulama PAS berkenaan pentingnya ulama memegang jawatan Presiden dan Timblan Presiden.

Saya ingat-ingat lupa, bukankah akhbar yang sama pernah memanggil Ustaz Ibrahim Libya sebagai sesat dan pengkhianat? Bukankah Ibrahim Libya itu seorang ulama yang telah dibunuh dengan tragis?



Apa ertinya ini semua? Mengapa tiba-tiba Utusan Malaysia, lidah UMNO, begitu galak menyokong kepimpinan ulama dalam PAS?

Kita semua tahu jawatan Presiden tidak akan dicabar. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan mengekalkan jawatan beliau secara tanpa bertanding.

Jawatan yang bakal dicabar adalah Timbalan Presiden. Bukankah Timbalan Presiden sekarang tidak pernah diiktiraf sebagai ulama?

Dalam tahun 2005 dan 2007, DEwan Ulama PAS Pusat dengan terbuka memberi sokongan kepada calon yang melawan beliau, Ustaz Hasan Shukri dan Ustaz Harun Taib. Sekiranya beliau tidak diiktiraf oleh Dewan Ulama, bagaimanakah beliau boleh dikatakan sebagai ulama?

Saya begitu hairan dengan perkembangan ini. Apa yang saya tahu, syaitan itu tidak akan suka dengan apa sahaja amalan baik kita.

Apabila amalan baik kita itu disukai syaitan, ertinya amalan tersebut bukan lagi amalan baik.

Nah, tiba-tiba Utusan Malaysia tiba-tiba menyukai kepimpinan ulama. Walaupun pada zahirnya kepimpinan ulama adalah satu amalan yang baik, namun mana mungkin ia disukai syaitan?

Kalau solat kita disukai Syaitan bererti solat kita itu bermasaalah dan bukan lagi amalan baik.

Ingat, Utusan Malaysia yang sama telah menyokong pembunuhan kejam seorang ulama tersohor Kedah bernama Ustaz Ibrahim Mahmud/Libya yang mana kubur beliau telah dilawat Sultan Kedah lebih dari sekali.

Akhbar ini juga sekarang menyokong kepimpinan Ulama dalam PAS.

Tulang Besi

No comments

Powered by Blogger.