Bantuan UMNO Dalam Pemilihan PAS: Penyiasatan SPRM


Baru2 ini heboh diperkatakan bahwa berlakunya politik wang dalam pemilihan PAS. Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menyebarkan cerita kononnya berlaku politik wang dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Cuma yang peliknya, pihak SPRM yang selama ini tidak mengendahkan berbakul-bakul laporan rasuah ke atas pimpinan UMNO, tiba-tiba mahu memanggil Ketua Dewan Ulama PAS untuk siasatan atas kenyataan beliau berkenaan dengan politik wang dalam PAS.
(Saya ada buat pendedahan berkenaan dengan masaalah pribadi yang dihadapi oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini)

Pengerusi SPRM itu dilaporkan berkata:

“BEAUFORT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam pemilihan Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Jati Diri Rakan Muda di Membakut, hari ini.
Sumber : Berita Harian Online”()

Jadinya, kita lihat penyokong-penyokong tegar “kepimpinan ulama” sanggup menggunkan fitnah dan penipuan untuk memenangkan calon mereka? Adakah ini juga bermakna para ulama dalam PAS ini maksum sehingga mereka mempunyai hak untuk menghitamkan serta merosakkan imej PAS dengan fitnah?

Jangan lupa bahawa Ketua Dewan Ulama yang sama membuat kenyataan terbuka sebelum ini mahukan Presiden dan Timbalan Presiden PAS

Di Kelantan semua orang tahu bahwa Ketua Dewan Ulama PAS ini tidak suka malahan membenci salah seorang calon Timbalan Presiden PAS. Ketua Dewan Ulama ini juga yang beriye-iye sangat mahukan Presiden dan Timbalan Presiden mesti dari kalangan ulama.

Nampaknya kenyataan beliau memberikan ruang kepada UMNO untuk mengambil tindakan ke atas calon-calon yang dibenci oleh UMNO. Ini juga menandakan betapa UMNO sedang risau dan gundah gulana terhadap keputusan pemilihan PAS Jun ini. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, sekiranya PAS mampu membariskan kepimpinan yang dilihat sebagai ‘sederhana’ dan menarik hati, hayat UMNO telah sampai ke akhirnya.

Ini kerana orang-orang atas pagar Melayu akan menukar sokongan mereka dan meninggalkan bas UMNO menyebabkan UMNO hanya terhad kepada sokongan pengundi tegar mereka sahaja(UMNO pekat).

Tidak mustahil, selepas PAS membariskan kepimpinan yang boleh diterima oleh majoriti orang Melayu, parti-parti dalam Barisan Nasional akan menukar haluan satu demi satu, inshaalah.

Fraksi UMNO Menggunakan SPRM dan Instrumen UMNO Untuk Membantu Calon Mereka

Kita semua sudah maklum, calon yang dibenci Utusan Malaysia untuk jawatan Timbalan Presiden adalah Dato’ Husam Musa.

“Bagaimanapun sumber dalaman Pas memberitahu, cara Husam berpolitik persis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat membahayakan Pas. Justeru, Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.
Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya. “

Jadinya, pergerakan kumpulan Anti Husam/Fraksi UMNO selari dengan pergerakan instrumen2 UMNO seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ada kemungkinan calon mereka nanti dirasai akan kalah dan mereka terpaksa menggunakan khidmat SPRM seperti mana yang digunakan oleh UMNO sewaktu pemilihan UMNO baru2 ini. Taktik yang digunakan oleh UMNO tampaknya seperti hendak digunakan dalam PAS.

Yang peliknya, sewaktu berhadapan dengan Dewan Harian PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama tidak pun membawa apa-apa bukti yang berasas untuk diambil tindakan. Malahan, beliau berlapik dengan berkata ianya cuma satu bentuk nasihat.

Imej PAS Hampir Hancur Berkecai

Tuduhan melulu politik wang ini hampir menghancurkan PAS. Selama ini PAS naik turun kampong bercerita pasal politik wang yang melanda UMNO. Tiba-tiba Ketua Dewan Ulama PAS sendiri menuduh (tanpa bukti) bahawa terdapat politik wang dalam PAS.

Soalnya sekarang, beliau adalah ahli Dewan Harian PAS. Beliau ada hak untuk membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin sekiranya beliau ada bukti. Mengapa perlu membuat tuduhan secara umum dan diambil oleh media pro umno sebegini?

Nampak macam politik kotor sedang berlaku dalam PAS. Semuanya ini dilakukan kerana hendak menghalang Husam Musa naik ke jawatan no 2 dalam PAS. Alasan yang digunakan adalah Husam bukan ulama dan hanya ulama mesti naik ke jawatan no.2.

Oleh sebab untuk “mempertahakan ulama”, maka fitnah “diizinkan”. Penipuan diizinkan. Nista diizinkan. Kata jahat diizinkan. Menggunakan khidmat musuh PAS juga diizinkan. Menggunkan khidmat media UMNO juga diizinkan.

Inilah dia saya labelkan sebagai mentaliti “maksum” yang melanda sebahagian dari ulama dalam PAS. Mereka merasakan mereka berada di atas syariat sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk menghancurkan imej PAS dengan melayangkan fitnah.

Saya juga menasihati mereka yang bersengkongkol dengan UMNO supaya berhenti dari menjadi ahli PAS dan masuk UMNO. Hanya kerana untuk memastikan kontrak balak sampai kepada kamu, alas an seperti “Kepimpinan Ulama” digunakan sewenang-wenangnya.

Tulang Besi

No comments

Powered by Blogger.