chua soi lek buat 1malaysia gelabah..dan parti 1malaysia pun gelabah!

MELAKA, 2 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak meneruskan hasratnya untuk melompat parti dan menyertai pembangkang.

Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan dan bekerja keras memperkuatkan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya berharap tidak akan berlaku keadaan itu (lompat parti), apa yang penting kepada kita, kita mempunyai masa yang singkat iaitu dua setengah tahun untuk membangunkan negara ini dan untuk mempertingkatkan kekuatan BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan Dr Chua yang tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti termasuk sebagai pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Mengenai permintaan veteran Umno yang mahukan kelab itu diiktiraf sebagai sayap Umno, Mohd Shafie berkata perkara itu perlu dibincangkan dalam parti sebelum sebarang keputusan dibuat kerana Umno telah mempunyai banyak sayap.

Beliau berkata selama ini, veteran Umno telah banyak memberi sumbangan kepada parti dan ia perlu diteruskan.

-- BERNAMA


kahkahkah..jangan lompat..kahkahkah..jangan lompat..kahkahkah..kecewa sal tak dapat jadi menteri?kahkahkahkah...1malaysia kena tipu kat najib.. kroni didahulukan, rakyat ditindas!

No comments

Powered by Blogger.