Hukuman Mat Rempit: Belum cukup gerun, kata Tok Guru

“Belum cukup gerun,” kata Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas cadangan Polis mengenakan Hukuman mandatori kepada Mat Rempit atau ’samseng jalanan’.

Tok Guru kata perlu buat undang-undang yang boleh menggerunkan (Nakaa lan), Undang-undang Islam memang untuk mencegah.

“Saya sokong buat undang-undang yang boleh buat rasa gerun,” kata Tok Guru selepas Mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim pula asyik ‘bermain bahasa’ dalam menyesaikan masalah ‘Mat Rempit’ kepada ‘Samseng Jalanan”.

- Sumber Buletin Pagi TV3 21 Mei 2009

No comments

Powered by Blogger.