Kemelesetan: Menteri Kewangan Lambat Bertindak
Kebetulan sebelum tiba di tempat ceramah di Guar Jering, saya berkesempatan menziarahi jenazah di mukim yang sama. Acara malam semalam membariskan saya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sdr Azmin Ali. Turut hadir Tan Sri Khalid, Sdr Mujahid Yusof dan calon Sdr Mansor Othman.
Saatnya tiba di destinasi ruang padang sudahpun dibanjiri para hadirin yang tekun mendengar syarahan para penceramah. Saya langsung menyampaikan ucapan melontarkan pandangan serta kritikan terhadap kebejatan yang berlaku. Sungguhpun suasana sepanjang kempen tidaklah hangat seperti selalu- kali ini hanya suam-suam kuku- ianya tidak menjejaskan tumpuan serta gerak kerja kepimpinan Pakatan Rakyat dan jentera Permatang Pauh.
Pentas semalam memberi ruang buat saya mengungkapkan antaranya pengumuman Bank Negara berhubung penguncupan 6.2% ekonomi Malaysia buat suku pertama tahun ini. Angka ini ternyata membimbangkan, malahan ianya lebih teruk jika dibandingkan dengan kedudukan terburuk negara iaitu pada suku keempat tahun 1998. Secara teknikalnya negara kita sedang mengalami kemelesetan.
Antara perkara yang merunsingkan saya apabila melihat lagak pentadbiran kewangan sekarang ialah kurangnya ketelusan menjawab persoalan yang dilontarkan ketika menghadapi krisis. Sewajarnya pengalaman melalui tempoh sukar kurang lebih sepuluh tahun lalu mengajar kita untuk pantas bertindak dan telus kepada rakyat.
Tatkala membahaskan belanjawan dan juga rancangan ransangan ekonomi saya tegaskan mengapa lambat mengakui negara sedang melalui saat-saat sukar walhal ianya memberi dampak besar kepada psikologi rakyat.
Sayangnya oleh kerana menteri kewangan memilih pada tika yang paling lewat untuk mendedahkan kepada umum makanya rakyat dan ekonomi lambat untuk siaga berhadapan dengan krisis berbanding dengan negara jiran seperti Singapura. Adakah akan ada pakej ransangan yang ketiga?(walaupun yang pertama tidak dilakukan menurut aturan Parlimen) Apa sudah jadi dengan RM 60bilion yang diwar warkan dahulu. Bukankah jumlah tersebut untuk tempoh sepanjang dua tahun?
Telahpun kami secara tuntas menyatakan jika pengurusan ekonomi masih ditakuk lama; membenarkan penyelewengan berleluasa dan sekiranya dana yang ada diseleweng buat mencipta kekayaan kroni, alamat negara akan terjerumus ke kedudukan yang menakutkan.
ANWAR IBRAHIM

No comments
Post a Comment