jemtera "mee segera" kuala krai mula digerakan!

Jentera BN Kuala Kerai mula bergerak


KOTA BAHARU: Umno Bahagian Kuala Krai telah menggerakkan jentera pilihan rayanya bagi menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Datuk Ramzi Abdul Rahman, berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah mengambil langkah perlu dengan mengatur program ceramah dan juga pertemuan dengan pengundi di situ.

"Walaupun pengundian dalam tempoh lebih sebulan tetapi Umno dan BN Kuala Krai sudah pun menggerakkan jentera pilihan raya kita," katanya.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 6 Julai depan sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 14 Julai.

Kerusi itu kosong setelah penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Pas menguasai kerusi Manik Urai selama lima penggal berturut-turut sejak pilihan raya umum 1986.

Ramzi berkata, Umno belum lagi memutuskan senarai calonnya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.