Kisah benar : Kisah berdarah di Ampang
Kisah ini berlaku kat Ampang. Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas, diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran), untuk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup.
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.
Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli KFC kat Ampang Point, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan perempuan tersebut dan meninggal dunia. Keesokan harinya lelaki itu dikebumikan.
Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja majlis perkahwinan mereka.
Pada satu malam, ibu perempuan ini telah mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.
Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah dibaju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, giliran perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya.
Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun membasuh baju itu dengan segala kekuatan yang ada untuk hilangkan darah tersebut, tetapi darah itu tetap ada. Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.
Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu sebersih-bersihnya dan jika tidak, malang akan menantinya. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada.
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.
Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru..
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
No comments
Post a Comment