Usul-usul Parlimen MP Kuala Selangor

Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) akan mencadangkan:

‘Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menangani krisis perlembagaan di DUN Perak dengan kadar seberapa segera supaya rakyat di negeri Perak mampu terus menjalan kehidupan yang lebih baik dengan menggesa supaya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri seluruhnya untuk rakyat dan pengundi sekali lagi memilih kerajaan pilihan mereka secara demokratik dengan proses pilihanraya’. (JPM)



Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) akan mencadangkan:

‘Bahawa Dewan ini membuat ketetapan agar kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menyegerakan proses penstrukturan semula air di seluruh negara agar pengurusan rawatan dan pengagihan air dikembali kepada pihak kerajaan negeri bagi keefisyenan serta membela kepentingan rakyat dan pengguna, khususnya bagi negeri Selangor yang telah tergendala proses ini akibat sikap dingin pihak kementerian dalam membuat keputusan yang wajar, tegas dan muktamad’. (KTATH).



Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) akan mencadangkan:

‘Bahawa Dewan ini mengingatkan pihak Kabinet supaya jangan membuat keputusan secara tergesa-gesa dan perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, khususnya dalam hal yang membawa implikasi pertentangan kepentingan Mahkamah Sivil dan Syariah, contohnya dalam kes ‘agama bersama’ atau ‘common religion’ baru-baru ini, sebelum dirujuk pelbagai pihak seperti golongan pemimpin agama-agama termasuk ulama, para pengamal perundangan, para akademik dan cendiakawan serta pemimpin masyarakat sivil’ bagi memitigasi konflik agama dan perundangan’. (JPM)



Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) akan mencadangkan:

‘Bahawa Dewan ini segera membuat ketetapan bagi menangani kemelut pemberian Biasiswa Seberang Laut JPA yang setiap tahun berdepan dengan pelbagai pertikaian, dengan cara menjadikan sistem penilaian itu satu yang jelas kriterianya (peratus input akademik dan ko-korikulum) dan telus untuk semua dan dijadikan ia satu kategori ‘biasiswa cemerlang untuk seberang laut’, serta menetapkan bidang-bidangnya yang lebih menyeluruh bukan sahaja Perubatan dan Kejuruteraan, tetapi juga Kewangan dan Ekonomi, serta Syariat, Falsafah dan selainnya, bagi benar-benar melahirkan tokoh-tokoh hebat dalam bidang masing-masing’. Dewan ini juga perlu menetapkan pelbagai lagi biasiswa lain samaada yang belajar dalam atau luar negara bagi golongan pelajar lain. (KPT)

No comments

Powered by Blogger.