Manoharan : Keputusan rasmi lepaskan Kerusi Kota Alam Shah selepas jumpa Karpal 19 Mei ini
KUALA LUMPUR, 2 Mei (SK) : Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan sedang menimbangkan untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Adun kerana tekanan yang dirasai beliau berikutan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak 14 bulan lalu.
Berikutan kegagalan beliau untuk berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat, Manoharan telah membuat satu kenyataan media melalui isteri beliau S. Pushpaneela hari ini menyatakan untuk menimbangkan keputusan tersebut.
Beliau yang juga penasihat undang-undang Hindraf telah mengesahkan khabar angin bahawa beliau ingin meletak jawatan. Dalam kenyataan terebut beliau berterima kasih kepada pengundi dan penyokong beliau yang telah memberi majoriti undi sebanyak 7,184 daripada seramai 12,699 pengundi pada Pilihanraya ke-12 lalu.
“Walaupun tidak pernah mengenali saya atau pernah berjumpa dengan saya, namun saya telah meraih undi sebanyak itu,” kata Manoharan dalam kenyataan media beliau.
“Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkhidmat kepada masyarakat di kawasa Kota Alam Shah kerana ditahan dibawah ISA,” jelas beliau lagi.
“Saya merasa amat bersalah kepada pengundi kerana tidak dapat berkhidmat dan merasa amat tidak adil kepada pengundi kawasan saya. maka dengan ini saya akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada pilihanraya kecil untuk membolehkan clon yang lebih sesuai untuk memikul tanggungjawab dan menduduki Dewan Undangan Negeri Selangor,” jelas beliau.
Belia telh berusaha sedaya upaya untuk membuat permohonan untuk dibenarkankeluar dari tahanan namun amat mengecewakan dan beliau merasakan amat penat untuk berusaha lagi.
Menurut kenyataan tersebut telah berpucuk surat telah di hantar kepada bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, tiga pucuk surat kepada Perdana Menteri Najib Razak, lapan pucuk kepada Menteri Dalam Negeri dan dua pucuk surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Namun Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar juga tidak membernakan saya menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor,” jelas Manoharan lagi.
“Semua permohonan saya juga ditolah oleh badan penasihat ISA,” kata beliau.
“Menteri Dalam Negeri telah menafikan suara 12, 699 pengundi demokrasi Kota Alam Shah dengan menahan saya di sini setelah perbagai usaha yang dilakukan tetpai tidak menampakan sebarang hasil,” tegas Manoharan.
“Setelah 17 bulan dalam tahanan, saya telah mengambil kira kesemua kemungkinan maka saya akan membuat satu keputusan rasmi setelah bertemu dengan peguam saya iaitu Karpal Singh pada 19 Mei depan di pusat tahanan ISA di Kamunting,” jelas Manoharan dalam kenyaan tersebut.
Sekiranya ini berlaku satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan selepas PRK Penanti yang dijadual berlangsung 31 Mei depan.

No comments
Post a Comment