MENJAWAB ISU “ARTIKEL USTAZ NIK ABDUH”



Dari dahulu lagi hati ini sentiasa meronta-ronta untuk menulis artikel ini, tetapi memandangkan situasi yang masih belum mengizinkan, maka saya menangguhkan niat murni ini. Saya mula terlintas untuk menulis artikel ini seawal artikel yang dikeluarkan oleh Us Nik Abduh yang bertajuk “Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS”. Tetapi hari ini, saya akan menceritakan pengamatan setelah melihat penjelasan Us Nik Abduh sendiri.

Ramai yang merasa pelik dengan artikel yang dikeluarkan oleh beliau, seolah-olah membuat satu andaian yang kurang bernas. Tetapi, hakikatnya, ia adalah satu lontaran yang baik. Saya rasa terpanggil untuk menjawab isu ini setelah melihat orang ramai semakin bijak mencari isu. Beliau menjawab dengan menggunakan analogi angin yang meniupkan arus.

Penjelasan saya di sini ialah, Ustaz Nik Abduh cuba mengalih pandangan masyarakat supaya memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting dengan meninggal masalah picisan. Contoh yang boleh saya katakana seperti, orang ramai terlalu mengikut arus isu yang dilempiaskan oleh berita-berita.

Oleh itu, Us Nik Abduh cuba mencipta isu supaya orang ramai mampu meniru cara beliau berbuat demikian. Iaitu mencipta isu, bukannya terikut dengan isu. Oleh itu, bagi seseorang blogger itu memerlukan kepada kefahaman dan ilmu untuk mencipta isu. Dan isu yang dibawa akan menambahkan kefahaman yang lebih dan pengamatan yang tajam.

Saya mengaku, saya sendiri masih belum mampu mencipta isu, bahkan hanya mengikuti beberapa perkembangan lalu mengulas. Tetapi, hakikat yang lebih penting bagi saya ialah menimbulkan isu supaya ia dikaji dan diselidiki. Hebat tak cara beliau berpolitik? Saya yakin, Tok Guru Nik Aziz juga menggunakan kaedah politik yang sama, lalu dipraktikkan oleh anaknya.

Secara tak langsung, ia mengajar kita supaya tidak hanyut di dalam aliran isu. Ini juga telah dijelaskan oleh Us Nik Abduh hari ini. Ramai dikalangan blogger yang hanyut dalam isu lalu membuat ulasan tanpa kefahaman, bahkan hanya meniru cara BN mengulas isu. Kadangkala, BN menyebarkan fitnah untuk menang, dan kadangkala juga kita tertiru gaya mereka itu. Kita pula yang menyebar fitnah dalam keadaan tidak sengaja.

Maka, inilah sedikit ulasan ringkas yang dapat saya jelaskan di sebalik cara Us Nik Abduh berpolitik. Beliau berjaya menarik pandangan orang ramai supaya tertumpu kepada sesuatu yang dibawa oleh PAS, bukannya memberi tumpuan kepada apa yang dibawa oleh UMNO.

Sebab itulah ada beberapa pandangan yang menegur saya menulis artikel “Parasit Dalam PAS Yang Menguntungkan UMNO”. Ketika saya juga cuba menggunakan kaedah politik Us Nik Abduh supaya “membakar” isu. Walaubagaimanapun, itulah cara beliau, dan begitu juga Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru sendiri pernah menimbulkan isu yang hangat apabila mengeluarkan pandangan yang tidak sama dengan PAS. Tetapi hakikatnya beliau mempunyai strategi yang licik, dan mereka yang terpengaruh atau terbawa oleh arus ini sepatutnya sedar, dan tidak membuat tuduhan yang tidak sepatutnya kepada sesiapa sahaja. Wallahua’lam.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments

Powered by Blogger.