NEGERI YANG TIADA MENTERI BESAR
Perak adalah sebuah negeri yang begitu teruk keadaannya disebabkan tindakan bodoh Zambry sebelum ini. Hakikatnya ini tidak dapat dinafikan kerana kerajaan pusat telah menolak kedudukan Nizar sebagai MB, tetapi dalam masa yang sama Zambry pula gagal untuk mendapatkan pengesahan daripada mahkamah tentang jawatannya itu.
Persoalannya, siapakah MB Perak sekarang? Sudah pasti Perak tiada MB. Adakah kita hanya menunggu MB dari langit? Sepatutnya tindakan tangkas yang mesti dilakukan ialah dengan mengadakan pilihanraya. Tetepi SPRM pula buat masalah. Buat-buat ikut protocol kononnya, sebaliknya mereka sendiri melanggar protokol.
Bagi BN mereka mengatakan Nizar yang mencari pasal dalam proses kehilangan MB di Perak. Tetapi PR pula mengatakan Zambry yang mencetuskan masalah ini ketika menyebabkan 3 ekor beruk melompat ke kebun lain. Siapakah sebenarnya yang bersalah?
Sekiranya saya mengatakan Nizar yang bersalah, PR akan menuduh saya cuba menaikkan Zambry. Sekiranya saya mengatakan Zambry yang bersalah, BN pula akan menuduh saya cuba menaikkan Nizar. Sekiranya saya menyokong kedua-duanya, mana mungkin terdapat 2 MB di Perak. Sekiranya saya menolak kedua-duanya, PR dan BN akan bersatu menjatuhkan saya. Sampai kiamat takkan habis!
Oleh itu mari kita berfikir sejenak. Apa gunanya kita berdebat dengan perkara yang sudah berlalu. Sepatutnya kita mencari jalan penyelesaiannya hari ini. Apakah penyelesaian yang dimaksudkan? Mudah saja, BUAT PILIHANRAYA!! Selesai masalah….
Tetapi apabila dilontarkan perkara ini kepada SPRM, mereka berdalih untuk tidak melaksanakannya. Di sini saya ingin memberitahu kepada mereka yang bodoh ini, tetapi cuba tunjuk bijak dengan berdalih. Sekiranya SPRM melambat-lambatkan proses pilihanraya ini, segala gerak kerja Kerajaan Perak akan terangguh.
Segala proses keluar masuk wang kerajaan ditangguh. Projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan, juga tertangguh. Pelabur-pelabur akan menangguhkan pelaburan mereka. Dan begitulah hingga ke seluruh aspek pentadbiran dalam Negeri Perak sendiri. Lihatlah apa yang terjadi pada Speaker Perak yang dinafikan hak. Isu mudah ini gagal diselesaikan oleh mahkamah sehingga menyebabkan setiausahanya pula berlagak sebagai Speaker!
SUK hari ini pun hampir sama. Mereka pula yang cuba berlagak sebagai MB sedangkan mereka langsung tidak bertanding dalam mana-mana kawasan. Sudahlah makan duit kerajaan buta. Inilah contoh orang bawahan yang haprak.
Berbalik kepada isu yang sedang terjadi, apakah SPRM melambat-lambatkan PR dengan berdalilkan “urusan yang begitu rumit… bukan mudah untuk diselesaikan segera…” Inilah kata-kata seorang yang tidak buat kerja, bahkan hanya makan gaji buta. Dalam artikel ini saya tidak menyalahkan Zambry, juga tidak menyalahkan Nizar. Sebaliknya saya menyalahkan SPRM kerana buat kerja macam siput. Kalau hendak jadi siput, tidak perlulah jadi manusia!
Dengarlah luahan ini. Kalau hendak cerca saya, persilakan. Tetapi yang pastinya, saya sebagai rakyat Malaysia melihat bahawa masalah rumit perlu diselesaikan segera. Cercalah seorang manusia yang cuba menegur ini, kalau anda rasa teguran ini memedihkan telinga.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
No comments
Post a Comment