Mercu tanda PJ ranap, seorang terbunuh
Seorang terbunuh manakala dua lagi cedera apabila bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya, ranap selepas operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang ini.
Bangunan tersebut, yang ingin diganti dengan projek pembinaan baru, masih lagi terus runtuh sekeping demi sekeping.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.08 petang tadi megenai satu bangunan enam tingkat telah runtuh.
Katanya, setakat ini, seorang mangsa disahkan terbunuh manakala dua lagi cedera dan telah dikejarkan ke hospital.
Menurutnya, dua mangsa yang terselamat itu ditemui pada jam 5.45 petang dan 6 petang.
Manakala mangsa ketiga ditemui pada jam 6.44 petang dan disahkan meninggalkan dunia.
Soiman berkata, berdasarkan maklumat, masih ada lima lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.
Anggota bomba dan penyelamat, katanya, sedang berusaha untuk mengesan dan mengeluarkan mereka.
Beliau berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti mangsa-mangsa terbabit.
Soiman berkata, bangunan lama enam tingkat itu yang sedang dalam proses dinaik taraf.
Menurut laporan, banyak kereta bomba dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, sementara polis menutup kawasan tragedi yang dekat dengan kediaman dan pejabat.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Junaidi Mohamad berkata, seorang mangsa yang terbunuh itu adalah warga Indonesia.
Menurutnya, dua lagi mangsa yang terselamat dan kini dirawat di hospital juga merupakan warga Indonesia.
Setakat ini, katanya, enam orang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.
Menurutnya, operasi menyelamat itu membabitkan 30 anggota bomba, 15 anggota penyelamat, 30 anggota RELA, 30 anggota Pertahanan Awam dan 50 anggota polis.

No comments
Post a Comment