Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Mt Elizabeth

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Mt Elizabeth

SINGAPURA: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra, yang mengalami masalah jantung, tiba di bandar raya ini dan dimasukkan ke sebuah hospital di sini, bagi rawatan lanjut.

Sultan Kelantan tiba di Hospital Mt. Elizabeth dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan.

Baginda, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 14 Mei lalu, diterbangkan dengan pesawat khas dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa di Kelantan tiba di Lapangan Terbang Changi di sini, pada tengah hari.

Beberapa pelawat termasuk rakyat Malaysia dilihat memasuki dan meninggalkan hospital itu.

Sultan Kelantan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi masih belum pulih sepenuhnya dipindahkan ke hospital di Singapura itu untuk rawatan lanjut.

Pengarah HUSM, Dr Zaidun Kamari dalam satu kenyataan semalam, berkata Sultan Kelantan dimasukkan ke HUSM selepas baginda mengadu mengalami masalah pernafasan tetapi selepas diberikan rawatan, baginda didapati mengalami sakit jantung.

Baginda dirawat oleh sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan Hospital Mt. Elizabeth. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.