Isu Hak Melayu: Mahfuz setuju dengan Hadi

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa hak dan keistimewaan orang Melayu di negara ini perlu dikekalkan.

Menurut beliau, perkara ini tidak akan menjejaskan pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat kerana perkara itu telah disepakati dalam resolusi ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Disember tahun lalu.

"Kedudukan istimewa orang Melayu ini sudah disepakati ketika konvensyen Pakatan tahun lalu. Malah dalam konvensyen itu mencapai kata sepakat bahawa apa sahaja yang terkandung dalam perlembangaan fasa 153 akan terus dilindungi Pakatan.

"Segala yang berkaitan dengan Islam, hak orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong akan terus dilindungi. Maka kenyataan Hadi itu tidak akan membawa kepada percanggahan dalam Pakatan kerana ia segala-galanya telah jelas semasa konvensyen itu," katanya.

Jumaat lalu Hadi dilapurkan berkata, hak keistimewaan Melayu perlu dikekalkan memandangkan majoriti Melayu masih miskin dan berhak mendapat hak tersebut seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Kenyataan Hadi itu turut dipersetujui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai tepat.

Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti Pakatan yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi.

1 comment

Panglima7 said...

Salam tuan,
mohon linkkkan blog hamba dengan blog tuan. Terima kasih.

Powered by Blogger.