'Accountability' - terlalu asing kepada pemimpin negara
‘Accountability’; itulah resepi terpenting dalam mentadbir negara. Jika kesemua barisan kepimpinan yang dipilih untuk memimpin ada sikap ‘accountability’ masing-masing nescaya apa yang kita alami hari ini tidak akan berlaku.
Saya tidak pandai nak menulis secara ilmiah seperti seorang ahli politik besar yang bernama dan bergelar, atau seorang professor dalam bidang politik. Tetapi saya tahu apa yang perlu wujud dalam kepimpinan, bukan kerana saya orang pandai, tetapi oleh kerana saya sudah melalui penghidupan selama hampir 60 tahun. Justru itu maka saya ada sikit-sikit pengalaman belajar secara ‘applied learning’.
‘Responsibility’ dan ‘accountability’ merupakan nilai yang terpenting dinegara-negara maju didunia. Itulah sebabnya dinegara-negara maju kita melihat isu-isu yang dialami oleh rakyat dapat deselesaikan dalam tempuh yang pendek kerana pihak yang bertanggungjawab membawa isu itu akan mengambil ‘responsibility dan ‘accountability’ terhadap isu itu.
Selalunya pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadap isu itu, akan mengambil tindakkan berundur dari tanggungjawab itu untuk mengelakkan parti atau kerajaan yang diperintahnya akan tumbang ditangan rakyat yang tidak berpuas hati.
Samada orang ramai khususnya ahli UMNO bersetuju atau pun tidak saya tetap dengan pandangan yang UMNO dan semua sekutunya didalam BN akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan kembali sokongan dari rakyat.
Isunya ialah isu keyakinan terhadap kepimpinan. Yang menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat itu ialah kerana isu-isu rasuah yang keterlaluan, isu salah guna kuas dan penghakisan sistem kehakiman yang begitu dipandang serong oleh rakyat.
Politik ini merupakan ‘game of perception’ dan jika persepsi rakyat tidak mengormati kepimpinan yang ada maka kepimpinan wajar memberikan rakyat dan didalam kontek UMNO memindahkan tanggungjawab kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat pimilihan untuk mencari gantian kepada kepimpinan yang sedia ada.
Jika kepimpinan hari ini tidak ada semangat demokrasi dan terus sahaja menghadapi rakyat dalam keadaan sekarang ini kemungkinan BN itu tumbang dalam pilihanraya amat besar sekali.
Jika kekalahan BN benar-benar berlaku, kesalahannya dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan terakhir UMNO dan BN kerana tidak mahu untuk mengambil ‘accountability’ yang sangat diperlukan sebelum menghadapi pilihanraya itu.
Contohnya dalam isu PKFZ yang kini sudah mula terungkai, sangat menyayat hati rakyat yang membayar cukai. Rakyat nampak yang kepimpinan khususnya kabinet tidak mahu mangambil ‘accountability’ yang seharusnya diambil.
PM Najib, Muhyiddin, Rais dan ramai lagi ahli-ahli jemaah kabinet sekarang ini masih berada didalam kabinet semasa Tun Ling yang dituduh melakukan ‘deception’ terhadap kabinet untuk menaikkan harga tanah PKFZ dengan berlipat kali ganda itu.
Dalam isu ini Tun Ling mesti bertanggungjawab dan kabinet mesti mengambil ‘accountability’ tentang kesalahan ini. Ini bukan isu yang kecil dan ianya merupakan isu yang terbesar dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan. Isu ini merupakan isu besar yang setanding dengan isu kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang melibihi RM30 billion dalam kes pembelian dan penjualan matawang asing dibawah pentadbiran Dr Mahathir dulu.
Kita tidak mengambil indah tentang isu ‘accountability’ ini langsung. Semasa kerugian besar BNM dulu Dr Mahathir tidak mahu mengambil ‘accountability’ itu dan Nor Mohammad Yakcop yang semasa itu menjadi ketua jabatan “treasury’ BNM tidak diambil apa-apa tindakkan malahan Nor Mohammd Yakcop dinaikkan pangkat sehingga menjadi seorang ahli jemaah kabinet yang kanan pula.
Dr Mahathir terus memerintah mengikut sesuka hatinya sehingga selama 22 tahun lamanya. Beliau tetap menjadi idola banyak pihak kerana rakyat belum lagi dilatih untuk mengambil ‘accountability’ terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan.
Baru-baru ini tertangkap pula Setiausaha Politik Nor Mohammad oleh MACC dengan jumlah wang yang bermillion didalam rumahnya dan kita masih tidak tahu lagi samada perkara ini akan dibawa ketengah atau pun tidak. Nor Mohammad Yakcop masih bercakap tentang ekonomi negara dengan fasihnya walaupun rekod peribadinya sedemikian buruk.
Jika kerajaan mempunyai ‘accountability’ keadaan yang kita hadapi hari ini tidak akan kita alami. Dalam proses membangunkan negara elemen ‘accountability’ ini merupakan elemen yang terpenting supaya rakyat boleh memberikan keyakinan terus kepada kerajaan tadbiran sekarang.
Walaupun Dr Mahathir enggan mengambil ‘accountability’ terhadap kerugian yang dialami negara yang jumlahnya puluhan billion ringgit itu, tidak semestinya pemimpin-pemimpin yang menggantikan beliau itu mengambil sikap yang sama kerana sikap itu merupakan sikap yang pada jangka panjangnya menjahannamkan negara.
Apabila barisan kabinet melakukan kesalahan maka kabinet itu mesti berundur. Jika PM Najib contohnya meletakkan jawatan keseluruhan ahli jemaah kabinet itu mesti meletakkan jawatan, bukan digantikan denga mana-mana ahli kabinet yang lain, kerana ahli-ahli kabinet itu adalah kabinet DS Najib.
Itu etikanya dan itulah dia apa yang dikatakan sebagai mengambil ‘accountability’ yang menjadi pakaian politik dinegara-negara maju. Jika kita mengaku ingin mencapai ketahap negara maju pada tahun 2020 maka kita mesti belajar untuk mengambil sikap ‘responsibility’ dan ‘accountability’ ini terlebih dahulu sebelum tindakkan-tindakkan yang lain.
Selagi tidak ada nilai dan sikap ‘accountability’ ini selagi itulah negara kita akan terus menerus manghadapi krisis keyakinan dan akan membawa kehancuran kepada politik dan temaddun itu sendiri.
Perkara yang saya sebutkan ini memang tidak disukai oleh ramai pihak yang berkepentingan kerana budaya ‘accountability’ ini tidak ada dikalangan pemimpin dan penyokong-penyokongnya.
Mereka akan mengaggap isu ini sebagai isu yang ‘alien’ bagi kita tetapi elemen ‘accountability’ ini memang sudah dipakai oleh negara yang maju sejak berzaman yang lalu.
Pemimpin-pemimpin kita tidak mahu mengambil ‘accountability’ kerana ianya memerlukan pengorbanan diri dan meninggalkan kehidupan yang glamour yang disambut dengan bunga manggar dan pukulan kompang-kompang dengan disangkutkan bunga malai dileher.
Tetapi sekarang ini masih boleh dilakukan jika kita memulakannya dari sekarang tanpa tangguh-tangguh lagi. Berfikirlah untuk generasi kita yang akan datang.
[Sumber]

No comments
Post a Comment