PERKASA Nak Hukum MCA Pada PRU-13

Perkasa mahu hukum MCA di PRU-13 kerana hina Islam

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM, 8 Ogos — Datuk Ibrahim Ali membuat pendiriannya yang tegas — akan menyumbang kepada kekalahan MCA dalam pilihan raya umum ke-13 jika presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus-menerus menghina Islam.

Presiden Perkasa itu membeirtahu pihaknya sedang menyenaraikan ahli-ahli politik dari semua parti yang pertubuhan bukan kerajaan Melayu itu akan menghukum pada pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa telah mengenal pasti 15 orang pemimpin yang bakal kehilangan sokongan mereka.

“Kami ada strategi rahsia ketika pilihan raya umum akan datang jika MCA tidak berubah,” kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mengulas kenyataan Dr Chua baru-baru ini bahawa Umno dan PAS menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan undi orang Melayu.

Ibrahim juga membidas Dr Chua yang mengatakan bahawa Malaysia tidak progresif kerana Islam.

“Di mana buktinya? Rasuah adalah masalah universal yang menjejaskan semua kaum,” kata Ibrahim lagi.

Ibrahim menambah, bekas menteri kesihatan itu yang meletakkan jawatan ekoran skandal video seks pada 2007 tiada asas moral untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“(Beliau) menghina Islam, menyinggung perasaan kami, siapa beliau yang merupakan aktor adegan seks untuk membuat kenyatan sedemikian,” katanya lagi.

1 comment

mosabit said...

tang ni aku memang sokong pok katak ni....
dia nak kasi hancur mca..kah kah..
bila mca letak calon..mesti pr pun letak calon...bermakna 15 calon akan dimenangi pr dengan bantuan pok katak....
timasihhhhh....

tapi...yer ker?....jangan jangan depan jer marah...belakang kenyit mata......kah kah kah kah kah kah...

Powered by Blogger.