KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membua
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” kata beliau.
Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.
“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.
“Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai,” kata Zakaria.
Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.
“Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.
“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.
“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.
Beliau juga telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.
Polis Pulau Pinang juga telah mengambil keterangan Zakaria kelmarin,
Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut.

1 comment
sabar separuh dari iman.teruskanlah hajat tuan itu,kami menyokong penuh..sebab manusia-manusia buta agama ini perlu diberi pengajaran.. ingat ada jawatan akulah manusia..tapi latarbelakang astaqfirullah...allah lebih mengetahui
Post a Comment