Zahid: Umno Pulau Pinang mahu khatib mohon maaf
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Zakaria Ahmad, khatib dikaitkan dengan isu khutbah supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan segera.
Menurut beliau, perbuatan Zakaria yang tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dimaafkan begitu sahaja hanya kerana beliau sudah memberi penjelasan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.
“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.
“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.
Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.
Laporan media hari ini menyebut Zakaria memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah ini.
Zahid pula berkata, apa yang dilakukan oleh Zakaria tidak boleh dibiar dan dimaafkan begitu sahaja.
“Dia harus memohon ampun secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong kerana dengan sengaja tidak menyebut nama baginda yang menjadi ketua negara dan ketua agama Islam,” kata Zahid di sini malam tadi.
Khamis lalu, Zahid memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Dipetik Utusan Malaysia, Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pihak yang menuduh Umno Pulau Pinang sebagai terdesak hingga membangkitkan isu penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah Jumaat perlu menarik balik kenyataan mereka.
Kata beliau, pihaknya tidak berniat untuk mempertikaikan hal ehwal agama di negeri itu, sebaliknya hanya mahu memastikan kesucian agama Islam dan masjid tidak dicemari oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya tidak berhajat langsung untuk mempertikaikan usul-usul agama di Pulau Pinang walaupun saya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
“Saya telah mengadakan perbincangan dengan mufti di negeri-negeri lain yang mengatakan bahawa ini (menyebut nama Guan Eng) adalah di luar kebiasaan,” kata beliau dalam kenyataan berasingan di Bagan Datoh.
Menurut Zahid, tindakan Zakaria boleh mengeliru dan mencalar imej agama Islam.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dapat membuat satu keputusan rasmi berkaitan perkara tersebut.

No comments
Post a Comment