Raja Azmi dibebas dengan ikat jamin, dibicara 29 November

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman yang ditahan polis semalam ekoran waran tangkap selepas gagal menghadiri kes sivil tuntutan tanah, dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Yee Lan membenarkan Rraja Azmi dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes sivil membabitkan beliau akan didengar pada 29 November ini.

Isteri bekas pemain badminton negara Jailani Sidek itu ditahan semalam selepas datang untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim.

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Dia dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta di sini

No comments

Powered by Blogger.