Anak Tun Mahathir @ Menantu Pak Pak Lah Perdana Menteri Muda


Ke mana arah dan hala tuju Mukhriz Mahathir dalam mencaturkan permainan politik beliau sehingga berani meletakkan tarafnya sama tinggi dengan Perdana Menteri Malaysia.
Apakah beliau telah merasakan bahawa beliau begitu bijak dalam sepak terajang politik sehingga sanggup bermain api, mungkin beliau terlalu yakin dan menggunakan ayahanda beliau sebagai kuda tunggangan ,maklumlah anak bapak.

Mukhriz merasakan bahawa beliau terselamat kerana duduk di bawah payung pengaruh Tun Mahathir dan Tun digunakan sebagai lesen untuk beliau terus mara kerana agak terlewat menceburkan diri dalam arena politik.

Jika mahu diukur pengalaman dan juga jasa dalam UMNO, tidak banyak yang boleh kita bicarakan mengenai Mukhriz , melainkan "Peace Malaysia" yang hanya kadang-kadang saja membuat program ketika ada bencana.

Hari ini Mukhriz telah menaja bas-bas bagi menggangkut ahli UMNO-UMNO bahagian untuk menghadiri forum yang dianjurkan oleh sebuah laman web.

Antara bas yang di taja beliau beliau adalah UMNO bahagian Merbuk yang telah tiba petang ini di Kuala Lumpur.Ini terpaksa dilakukan kerana mahu menunjukkan sokongan ahli UMNO kepada beliau.

Selain itu hari ini , Laman web yang menganjurkan program dialog ini juga telah membuat bancian dan sehingga berita ini ditulis jam 9.00 malam Mukhriz telah mendapat sebanyak 27.89% (1370) meangatasi Ku Li 27.59% (1355) sebagai calon Presiden UMNO.

Apakah laman ini saja mengembar gemburkan bahawa Mukhriz akan bertanding kerusi Presiden UMNO dan melepaskan kerusi Ketua Pemuda UMNO kepada Datuk Seri Khir Toyo.Ini adalah sandiwara dan permainan politik Mukhriz.

Jika ini adalah satu gembaran yang mahu mengelirukan ahli UMNO agar tidak terlalu fokus kepada Ku Li yang telah membuat kesilapan mengumumkan terlalu cepat hasrat beliau mahu bertanding ataupun sememangnya hasrat sebenar Mukhriz yang mahu menjadi Perdana Menteri dalam usia empat puluhan.

Bukan lah Khairy seperti yang di gembar - gemburkan . Jika benarlah ini cita-cita Muhkriz, atau beliau adalah Presiden dalam acuan yang dibuat untuk menyelamatkan apa yang patut diselamatkan.

Mungkin bukan Mukhriz yang mahu dirinya di calon tetapi hanya andaian dan himpunan pendapat pembaca, sama juga seperti Khiary , segala yang digembar-gemburkan bukannya datang dari mulut beliau sendiri , namun oleh sebab tindakan Khairy mendiamkan gebar-gembur ini yang mahu memburukkan beliau , mesyarakat telah mengaggap bahawa keyataan itu datang dari nya.

Berbeza dengan Mukhriz , kita boleh melihat keyataan hasrat beliau yang terukir di laman yang beliau taja. kita tidak pula pernah mendengar mahupun melihat keyataan yang pernah disiarkan mahupun terkeluar dari mulut Khairy yang menyatakan bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri dalam usia empat puluhan.

Sekali lagi saya mengatakan bahawa Khairy telah membuat banyak kesilapan dengan membenarkan dirinya dilihat kelihatan buruk oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan kebangkitan anak muda ini,Khairy seharus bangun dan mempertahankan diri nya dan menyangkal segala tohmahan yang dibuat keatas dirinya mulai darinya mulai sekarang.

Kita lihat sahaja , sejauh manakah mereka mahu memecah belahkan UMNO , jika Anwar menaja perhimpunan haram , bersih dan Hindraf untuk memburukkan UMNO dan BN , apakah beza himpunan yang dianjurkan ini, sama juga bagi memburukkan kepimpinan UMNO, kerana yang cuba diburukkan ialah Presiden UMNO , suka tidak suka akibatnya akan dirasakan oleh ahli UMNO , bukannya Mantan Presiden UMNO.

fikirkanlah.....

http://prokhairy.blogspot.com/2008/04/mukhriz-atau-khairy-perdana-menteri.html

No comments

Powered by Blogger.