Nasaruddin Daud, Speaker DUN Kelantan

DEWAN Harian Pas Kelantan yang bersidang lewat petang ini telah memutuskan untuk melantik Adun Meranti, Nasaruddin Daud untuk menjadi Yang Dipertua (Speaker) DUN Kelantan, demikian maklum seorang teman bloger popular sekejap tadi.

Pemilihan Nasauddin itu menamatkan penanti umum berhubung siapa yang bakal dilantik menjadi Speaker DUN Kelantan.

Sementara itu Adun Kelaboran, Zaki Ibrahim dipilih sebagai Timbalan Speaker.

Sementara difahamkan majlis perlantikan Nasaruddin secara rasmi dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan ini.

Nasaruddin anak kepada Tuan Guru Haji Daud Meranti memenangi kerusi DUN Meranti empat penggal berturut-turut. Beliau mula bertanding di situ tahun 1995, ketika itu beliau yang sedang menuntut di Mesir dipanggil pulang untuk menyertai pilihan raya.

Dalam Pas selain bergerak cergas dalam Dewan Pemuda beliau juga merupakan Ketua Pas Kawasan Rantau Panjang! [wm.kl 9:20 pm

No comments

Powered by Blogger.