"Kenapa sukar memohon maaf?" Anwar



Oleh Anwar Ibrahim
Sabtu, 19 April 2008
ADA di kalangan saudara/i pantas memberikan reaksi terhadap kenyataan PM Abdullah mengenai krisis badan kehakiman. Ada beberapa persoalan yang berbangkit yang harus dihalusi.

Pertama: sanggahan kita terhadap rasuah dan hakim yang diperalatkan sang penguasa kini terjawab. Apakah jurucakap Umno dapat akui kezaliman berdekad tersebut?

Kedua: kalangan yang bertanggungjawab daripada pimpinan politik, hakim dan peguam negara harus diumumkan. Mereka perlu menuntut maaf terbuka.

Ketiga: berkaitan dengan pengumuman PM tersebut, Dato Najib mengulas menafikan bahawa Kerajaan menuntut maaf. Ajaib! Apa muslihat Najib, dan mengapa harus berselindung lagi?

Keempat: menyusul kenyataan tersebut, apa pula kesudahannya dengan orang-orang yang dizalimi oleh sistem perundangan yang dijadikan alat?

Walhasil, meskipun PM Abdullah kelihatan mengakui kesilapan lalu, namun kenyataannya masih terbatas, tidak menuntut maaf dan seolah-olah memelihara penzalim dan tidak bersedia membela kalangan yang dizalimi.

Inshaallah, langkah susulan mampu dikendali kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments

Powered by Blogger.