Dr Badrul Amin disebut-sebut calon Speaker Selangor
Oleh Roslan Bian
Sabtu, 19 April 2008
TEKA-TEKI siapa bakal dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bersidang bagi penggal baru 22 April ini, masih belum terjawab.
Walaupun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim disebut-sebut akan dilantik Speaker tetapi Parti KeADILan Rakyat (PKR) dikatakan turut mencadangkan Dr Badrul Amin Bahron ke jawatan sama.
Beliau adalah Ahli Majlis Perwakilan Tertinggi (MPT) PKR dan turut bertanding pada pilihan raya lalu di Parlimen Sabak Bernam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang tetapi tewas kedua-duanya.
Dr Badrul Amin, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga adalah Ketua Bahagian PKR Sabak Bernam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Speaker berkata, pengumuman hanya akan dibuat pada 20 April ini, dua hari sebelum semua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Selangor mengangkat sumpah bagi memulakan persidangan dewan.
Mengenai nama Dr Badrul Amin, Abdul Khalid yang di temui di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini berkata, “ Saya tak tahu. Sebab hanya 20 haribulan (April) saya akan beritahu,”.
Ditanya mengenai kemungkinan, wakil rakyat DAP, Teng yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini, ada kaitan dengan pelantikan Speaker, Abdul Khalid berkata, “ Boleh (jadi ya) atau tidak,”.
“Biasanya, ramai juga orang mengdap Tuanku. Pada 22 April, ada sidang dewan dan semua Adun akan mengangkat sumpah, Kita akan buat pemilihan Speaker. Dua hari sebelum itu, saya akan umumkan siapakah Speakar dan timbalannya,” katanya.
Speaker DUN Selangor sebelum ini adalah Tan Sri Onn Ismail manakala timbalannya, Datuk Mohd Satim Diman.
Perlantikan Speaker tidak semestinya daripada kalangan wakil rakyat tetapi mesti mendapat persetujuan majoriti ahli DUN.
Agendaselangor.com sebelum ini melaporkan Teng akan dilantik Timbalan Speaker selepas tidak terpilih sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat di Selangor.

No comments
Post a Comment