Kurikulum B.Inggeris dirombak, pengenalan Kesusasteraan B.Inggeris dikaji

apa nak jadi dengan menteri pelajaran malaysia????


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran sedang meneliti langkah-langkah radikal yang perlu diambil bagi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, termasuk merombak semula kurikulum mata pelajaran berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antara usaha lain yang akan turut dikaji adalah latihan perguruan yang lebih komprehensif serta memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Bahasa Inggeris seawal peringkat sekolah rendah.

"Saya akan dengar dahulu nasihat para pakar berhubung perkara ini (kesusasteraan B.Inggeris).

Secara peribadi saya ingin lihat ia diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, kerana ini adalah peluang bagi kanak-kanak menguasai banyak bahasa."

"Saya rasa ini adalah kelebihan buat kanak-kanak kita dalam dunia yang yang pelbagai dan global ketika ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet di sini hari ini.

Hishammuddin berkata langkah untuk menyusun semula kurikulum mata pelajaran itu diambil menyedari kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam dunia globalisasi, sepertimana yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Tanpa kemahiran untuk bertutur dan menimba ilmu dengan menggunakan Bahasa Inggeris ia akan menjadi satu kekangan, (kerana) saya difahamkan 75 peratus pesanan telex dan telegram, 80 peratus daripada data komputer, kebanyakan komunikasi satelit dan 5,000 surat khabar, atau lebih separuh daripada surat khabar di seluruh dunia diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.

Hishammuddin bagaimanapun berkata langkah-langkah radikal itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang keputusan mengenai pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dibuat selepas meneliti keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Beliau berkata pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini merupakan kumpulan terakhir bagi dasar PPSMI yang diperkenalkan enam tahun lalu, dan ia merupakan asas yang terbaik dan paling rasional untuk dijadikan rujukan bagi menentukan arah tuju dasar tersebut.

"Kita perlu bersandar kepada fakta-fakta yang jelas, bukan andaian, bukan dari segi emosi, bukan dari segi pertimbangan lain, kerana dasardasar pendidikan yang kesannya akan dilihat bertahun-tahun selepas ini tak boleh tukar dengan sewenang-wenangnya (sebaliknya) mestilah bersandarkan kepada realiti.

"Tetapi penekanan Bahasa Inggeris saya sudahpun minta usaha yang radikal, dan bersungguhsungguh untuk dilakukan secepat mungkin," katanya. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.