Melayu Perlu Bangkit


Oleh imacbook

"
TV3 jam 8 malam tadi, Buletin Utama 1 April 2008 menyiarkan sebuah forum yang dianjurkan oleh MYKMU.net mengenai analisis selepas PRU12 baru-baru ini. Turut hadir dalam forum tersebut adalah Tun Dr. Mahathir, anaknya Mukhriz dan mantan MB Selangor Khir Toyo.

Saya tidaklah mahu mengulas panjang akan perihal forum tersebut, yang mana digegarkan juga oleh seorang hadirin yang mengajukan pendapat agar Anwar Ibrahim dicadangkan masuk kembali ke UMNO (pencadang tersebut terpaksa diheret keluar dari dewan untuk mengelakkan sebarang kucar-kacir).
Perkara yang menarik perhatian saya adalah ulasan beberapa hamba Allah selepas dipaparkan sidang forum ini. Di mana tertera tajuk besar dibawah skrin tv di 'highlight', Melayu Perlu Bangkit'.

Salah seorang yang memberi ulasan ialah Dato’ Seri Zaini Mohd Said bekas Panglima Medan Tentera Darat Di Raja Malaysia. Beliau dengan nada tegas mengatakan sekiranya melayu tidak bangkit, bahkan kekacauan pasti berlaku di negara ini.Dasyatnya!!

Begitu juga beberapa individu lagi yang tidaklah saya kenali, dikatakan mewakili ngo melayu dan pertubuhan kaum melayu, mengatakan perihal melayu perlu bangun dan dan sedar!

Aduhai, BANGGANG betul diorang ni! Sikit-sikit melayu, perjuangan melayu lah, maruah melayu lah..Mereka ini tidak sedarkah bahawa majoriti rakyat malaysia sudah bosan dengan sentimen perkauman.

Melayu memang dah sedar, bangun dan bangkit!Lihatlah keputusan PRU12 baru-baru ini.Bukankah itu petunjuk paling tepat akan perubahan dan cita-cita kebanyakkan orang melayu?

Kononya melayu akan tertindas, ketinggalan dari segi ekonomi, Islam akan terhakis!Apa kamu UMNO telah buat selama 50 tahun untuk menegakkan agama suci Allah?50 tahun memerintah, tetapi melayu masih terhuyung-hayang dalam pendidikan dan ekonomi.Jasa siapa?Kamu lah UMNO.

Retorik betul kata-kata bekas panglima tentera darat, Zaini Mohd Said, bermain dengan cetusan api perkauman, percaya akan berlaku kekacauan sekiranya melayu ketinggalan.Ini menunjukkan bekas pemimpin tentera ini begitu racist (mungkin beliau fikir akan berlaku 13Mei lagi).

Sudahlah golongan-golongan racist melayu ini!Rakyat Malaysia tidak akan lagi terpedaya dengan sentimen perkauman lagi.

Kami majoriti rakyat, lebih mementingkan KETELUSAN, KEBENARAN DAN KEMUAFAKATAN dalam Malaysia ini.Bukan lagi kepentingan sesebuah kaum.

Dasar pecah dan perintah UMNO dan BN dalam menerajui Malaysia telah membuatkan melayu itu sendiri mundur dan terkebelakang, bukan semakin bangun, tapi terus tidor (sebagaimana PM, anak Badwi).

Cukuplah UMNO & BN, anda semua sudah tidak relevan. Kami inginkan pemimpin yang bersih, jujur dan amanah TIDAK KIRALAH PEMIMPIN ITU MELAYU KE, INDIA KE, CINA KE, SINGH KE, KADAZAN KE, WAIMA ORANG BADWI PUN asalkan mereka menbawa aspirasi rakyat, bukannya aspirasi nafsu sendiri, keluarga atau menantu mereka!
"

No comments

Powered by Blogger.