UMNO KEDAH ULANGI KESILAPAN UMNO KELANTAN

Hampir 2,000 ahli PBT, JKKK berundur

BN/Umno mengulangi kesilapan BN/Umno Kelantan apabila mengambil keputusan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menguruskan desa dan kampung.

Langkah ini membuktikan bahawa Umno sebenarnya tidak menerima kekalahan mereka dengan menubuhkan institusi yang berlainan walaupun JKKK telah ujud.
Media hari ini melaporkan bahawa semua 1,938 ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Kedah yang mewakili Umno meletakkan jawatan.

Peletakan jawatan itu, yang berkuatkuasa semalam, diarahkan parti itu selepas tewas di tangan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum 8 Mac. Ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuaratnya di pejabat Umno di sini malam tadi.

Tindakan ini benar-benar membuktikan bahawa Umno membelakangkan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Langkah sama seperti yang dilakukan di Kelantan. Akhirnya masyarakat berpecah belah. Umno semakin dibenci rakyat.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah tidak pernah meminta Ahli JKKK meletakkan jawatan.

Nampaknya Umno tidak belajar dari kesilapan.

KUNJUNGI BLOG pemudabukitkatil.blogspot.com UNTUK ULASAN DAN ARTIKEL LAIN

"

No comments

Powered by Blogger.