Pak Lah makin tersempit, Ghani Othman pula sokong Kuli?
Oleh Tarmizi Mohd Jam
PERHUBUNGAN Umno Johor nampaknya tidak akan menghalang mana-mana bahagian parti itu di negeri ini yang berhasrat mengadakan Persidangan Perwakilan Khas (EGM) bagi membincangkan hala tuju Umno dan kaum Melayu selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.
Isu EGM dibangkitkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Umno Gua Musang sebelum ini dan 26,000 pucuk surat yang mendesak agar semua Bahagian Umno di Malaysia mengasak Anak Badawi agar mengadakan EGM pada 12 Mei ini. Ku Li mahu "bedah siasat" terhadap Umno mellaui EGM tersebut dibuat diperingkat kebangsaan mengapa, kenapa dan bagaimana Umno boleh kalah teruk di Semenanjung hingga bergantung kuasa dengan kekuatan parti rakan-rakan BN di Sabah dan Sarawak.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Abdul Ghani Othman menegaskan EGM boleh diadakan kerana langkah itu tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.
Ini membawa maksud, Ghani tidak menentang dan menyanggah saranan Ku Li sebaliknya memberi "lampu hijau" untuk semua Umno Bahagian dalam negeri Johor bebas mengadakan EGM itu.
“Tetapi ada peruntukan dalam perlembagaan Umno yang perlu dipatuhi oleh bahagian yang menganjurkan persidangan khas itu,†katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor semalam.
Ghani dianggap pemimpin yang tidak digemari oleh anak Badawi kerana beberapa kali percubaan menggugurkannya sebagai Menteri Besar Johor terhalang oleh Istana.
Anak Badawi mahu menabalkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar yang baru tetapi hingga kini, usahanya itu kecundang seperti tumpasnya untuk dia mencadangkan Shahidan kembali menyandang Menteri Besar Perlis dan Idris Jusoh kembali duduk kerusi Menteri Besar Terengganu.
Kini, pemerhati politik melihat, giliran Ghani untuk memulangkan paku buah kerasnya terhadap anak Badawi secara beradap.
Ghani mengulas hasrat Umno Bahagian Batu Pahat yang diketuai Dr. Mohd. Puad Zarkashi untuk mengadakan EGM pada 26 April ini. Ia dijangka diikuti oleh Umno Bahagian Parit Sulong yang belum menetapkan tarikh EGM mereka.
Fuad yang juga Ketua Penerangan Umno Johor dan pernah menjadi Setiausaha Politik Ghani, dilihat yang agak kritikal dan bersetuju denga langkah Ku Li agar semua bahagian mendesak Umno Malaysia mengadakan EGM pada 12 Mei ini.
Fuad antara ahli panel pada satu forum menilai keputusan pilihanraya 8 Mac yang dianjurkan oleh sebuah laman web di Hotel Singahsana Petaling Jaya pagi Selasa lalu yang berlangsung dalam suasana panas.
Selian Fuad, dua ahli penal forum itu ialah ahli parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Ucaputama pada forum itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ghani yang juga Menteri Besar Johor menegaskan sehingga kini beliau tidak mengetahui jumlah sebenar bahagian Umno di Johor yang berhasrat mengadakan EGM.
Dan sikap "mengetahuinya" itu tidak penting kerana ia bertujuan untuk mengasak anak Badawi undur dari kerusi Presiden Umno.
Jika mengadakan EGM itu mengancam kedudukannya, sudah tentulah semua bahagian Umno yang inginkan EGM itu boleh dicula dengan mudah.
Ghani berpendapat 40 peratus undi memihak kepada pembangkang kerana mereka protes dan bukan menyokong penuh parti berkenaan. Apakah Ghani masih mahu "bermain" dengan kekalahan beberapa kerusi BN dengan hujah tersebut?
Antara isu yang dimomok-momokkan oleh Ghani menyebabkan tercetusnya undi protes itu ialah kenaikan harga barang, keselamatan, rasuah dan kesesuaian calon.
Apa yang jelas, langkah Ghani mengizinkan semua Umno Bahagian mengadakan EGM memberi pukulan hebat kepada anak Badawi yang sudah tentu kalau boleh, tiada satu bahagianpun di Malaysia berbuat demikian kecuali Gua Musang.
Sekali lagi anak Badawi terhimpit ke dinding setelah senak dengan penolakkan Sultan Perlis dan Terengganu terhadap calon anak emasnya mengisi jawatan Menteri Besar.
Keadaan makin runcing, apabila kempen orang kuatnya, Muhamad Muhd Taib yang meminta agar ditiadakan pertandingan merebut jawatan peringkat Majlis Tertinggi (MT) kononnya akan berlaku "malapetaka" terhadap Umno, juga ditolak mentah-mentah oleh MT dan pertandingan terpaksa juga diadakan pada Disember ini.
Apakah yang akan mengasak anak Badawi ini selepas ini? Kita ikuti perkembangannya dari masa ke semasa.

No comments
Post a Comment